‘Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan’ – Zahid Hamidi

'Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan' - Zahid Hamidi

‘Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan’ – Zahid Hamidi. Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa dirinya telah diaib, dimalukan, ‘ditelanjangkan’ dengan tuduhan rasuah terlebih dulu meskipun dibebaskan di Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini, pada Jumaat.

Ahmad Zahid bagaimanapun reda biarpun telah dihukum terlebih dahulu oleh segelintir pandangan umum dan ternyata perundangan telah diadili sewajarnya dengan membuktikan sebaliknya.

“Saya telah diaibkan, dimalukan dan ditelanjangkan dengan pelbagai tuduhan tidak berasas dan ternyata kebenaran itu akhirnya terbukti jua.

“Saya berasa apa yang dipertuduhkan kepada saya dan dengan ujian ditimpakan ini, saya amat yakin bahawa pertuduhan itu tidak pernah saya lakukan.

“Ternyata pelaksanaan perundangan telah diteliti dan diperincikan oleh hakim dengan seadilnya, saya bersyukur atas keputusan ini,” katanya.

'Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan' - Zahid Hamidi'Akhirnya kebenaran terbukti jua walaupun saya diaib dan dimalukan' - Zahid Hamidi

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar di pekarangan Mahkamah Tinggi Shah Alam di sini pada Jumaat.

Katanya, keputusan ini juga merupakan satu kejayaan perjuangan BN dan UMNO.

“Keputusan ini sekali gus menyaksikan segalanya bahawa perundangan telah ditegakkan demi kebenaran, dan saya ingin ucapkan terima kasih kepada pasukan peguam yang amat profesional dan cemerlang diketuai Datuk Hisyam Teh Poh Teik.

“Turut diucapkan terima kasih kepada keluarga, isteri, anak-anak, sahabat, seluruh kepimpinan UMNO yang memberikan sokongan dan semangat kepada saya,” ujar beliau.

Jelas Ahmad Zahid, penghargaan turut diucapkan kepada pengamal media yang membuat liputan dari awal kes ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada wartawan atas laporan yang seimbang dan profesional dan harap lepas ini dapat diseimbangkan lagi,” katanya.

Pada Jumaat, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini atas 40 pertuduhan rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Presiden UMNO hadir dengan memakai baju Melayu berwarna putih krim kelihatan ceria selepas mendengar keputusan tersebut.

Mendengar keputusan itu, hadirin yang ada di galeri awam bangun dan menepuk tangan sebelum ditegur oleh hakim itu.

BACA:

Peneraju hartanah, UDA Holdings komited bantu usahawan kecil dan sederhana

Saya dan Bella macam abang dan adik

Murid darjah 1 pakai jaket tebal elak kantoi didera bapa tiri