Akhirnya Erra Fazira bertemu jodoh

Pelakon dan penyanyi jelita, Erra Fazira berkata dia reda seandainya ditakdirkan bertemu jodoh pada usia 60 tahun.

Memetik BH Online, pelakon berusia 50 tahun itu berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah namun setakat ini dia tidak mencari.

“Saya serahkan semuanya pada Allah, kalau ditakdirkan dan diizinkan bertemu jodoh pada usia 60 pun saya terima.

Akhirnya Erra Fazira bertemu jodoh

“Tapi, setakat ini saya tak mencari, kalau ada, adalah. Saya tak berani nak cakap, takut nanti tiba-tiba Allah bolak-balik hati, saya pula yang sibuk nak cari jodoh,” katanya.

Sementara itu, Erra berkata soal mencari pasangan hidup bukan lagi keutamaan apatah lagi dia kini bahagia dengan kehidupan solo serta mahukan hidup dengan tenang.

“Kalau hidup solo boleh memberikan ketenangan, kenapa tidak? Saya nak nikmati sahaja hidup ini sama ada berpasangan atau tidak. Kalau ada, Alhamdulillah. Tapi, kalau tak ada pun saya okay dan gembira sebab tak perlu gaduh-gaduh.

“Dulu kita fikir kalau lambat kahwin, umur berapa nak ada anak. Nanti usia sudah lanjut masih ada anak kecil, semuanya difikirkan. Tapi, sekarang saya serahkan pada takdir ‘go with the flow’, saya nak hidup tenang-tenang sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, Erra berkata dia tidak pernah menutup pintu hati untuk mana-mana lelaki serta mengakui ada berkawan.

“Adalah kenal-kenal, tetapi mengenali tak semestinya bersatu. Doakan yang terbaik sahaja,” katanya.

Baca juga: Pegawai kerajaan arah keringkan air dalam empangan, telefon jatuh dalam air!