AJK Masjid di KKB halang orang pakai baju Madani masuk, “geng dia tak pa..”

Kejadian di Masjid Bandar Utama Batang Kali di Kuala Kubu Bharu yang melibatkan arahan kepada penyokong Pakatan Harapan (PH)

Di suruh untuk menterbalikkan baju merah mereka, tetapi tidak kepada individu yang memakai baju dan kopiah

Bertuliskan lambang Pas dan Perikatan Nasional (PN), menimbulkan polemik dan kontroversi.

Pemerhati politik, Najib Bakar, menganggap arahan tersebut tidak adil dan berat sebelah,

terutamanya kerana ia tidak dikenakan kepada individu yang memakai pakaian dan kopiah yang jelas-jelas melambangkan parti politik tertentu.

AJK Masjid di KKB halang orang pakai baju Madani masuk, "geng dia tak pa.."

Beliau juga menegaskan bahawa masjid tersebut dikatakan dikuasai oleh penyokong sebuah parti pembangkang.

Pandangan Najib menyatakan bahawa tindakan itu menunjukkan ketidakadilan, serta memberi kesan negatif terhadap persekitaran ibadah di masjid tersebut.

Bagaimanapun, beliau juga mengongsi bahawa kumpulan yang memakai baju merah akhirnya mematuhi arahan tersebut, tetapi individu yang memakai pakaian yang melambangkan PN masih dibenarkan untuk menunaikan solat Maghrib di masjid tersebut.

Kejadian ini menimbulkan persoalan tentang perlunya ketelusan dan keadilan dalam pengurusan tempat ibadah serta perlunya mengelakkan campur tangan unsur politik dalam urusan masjid

. Persepsi awam terhadap masjid sebagai tempat yang neutral dan bebas dari pengaruh politik harus dijaga agar tidak menjejaskan keharmonian masyarakat.

BACA: “Masa adik bertarung nyawa kat hospital, rupanya ayah pun ‘bertarung’ dengan perempuan lain sampai mengandung”