Sebelum ini Alif Teega memaklumkan dia tidak pernah ‘tayang’ isteri keduanya, Fatin Umaidah di media sosial kerana mungkin mendatangkan mudarat yang lebih besar sebab risau isteri pertamanya, Aisyah Hijanah terasa hati.
Terbaru! Menurut laporan mStar, netizen mula menganggap dan menuduh mereka hanya reka cerita perkahwinan untuk tujuan gimik dan marketing. Pulak dah!
Mungkin nampak Aisyah macam tenang saja macam menerima tapi dia berperang dengan perasaan sendiri, perempuan akan rasa sakit sebab tu bila ada yang cakap marketing, dia akan curiga la sebab sakit perkara ini.
Bukan tu jer, Aliff juga berkata yang kedua-dua isterinya pernah berjumpa untuk berbincang yang terbaik dalam rumah tangga mereka.
Mereka ada berjumpa beberapa kali untuk berbincang, untuk mencari kata sepakat terbaik dalam rumah tangga sebab kita tak tahu soal jodoh kerana sekarang kahwin dua jadi tak tahu selepas ini apa akan berlaku.
Haa, Aisyah Hijanah pun dah berjumpa dengan Fatin Umaidah untuk berbincang demi menjaga hubungan mereka bersama. Korang jangan cakap macam-macam lagi! Apapun, semoga kekal bahagia buat keluarga ini.
Baca juga: Cafe berhantu, anak kecil yang datang ke sini confirm menangis