Aishah perjelas kenapa dia Sakan Menari Atas Pentas rupanya Seluar Koyak Dekat Celah Kelengkang

Datuk Aishah cemas apabila seluar yang dipakai ketika melakukan persembahan di pentas minggu kedua All Stars Gegar Vaganza pada malam Ahad terkoyak.

Lebih malang apabila seluarnya itu terkoyak di bahagian celah kelengkang beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan.

“Baju untuk persembahan ini bukan semua yang selesa, dah pakai cantik-cantik, tak boleh lasak-lasak.

“Malam tadi kru dah panggil suruh bersedia, sekali saya perasan seluar koyak betul-betul di celah kelengkang,” katanya di Instagram.

Disebabkan kejadian itu, Aishah memaklumkan penata gayanya terpaksa menjahit bahagian yang terkoyak dalam masa beberapa minit sebelum gilirannya mengadakan persembahan.

Namun kata Aishah, semua dalam keadaan terkawal dan bersyukur mempunyai pasukan yang sentiasa bersedia bagi memastikan penampilannya dalam keadaan baik.

“Bahan baju saya itu lace, memang halus… Ambik kau terpaksa jahit celah kelengkang saya itu sambil berdiri.

“Tapi awak kena terima sahaja benda-benda macam ini akan berlaku dan cuba jangan panik. Alhamdulillah selesai sahaja menjahit, terus ke belakang pentas untuk bersedia,” ujarnya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan pendedahan tersebut.

Malah mereka juga memuji persembahan penyanyi berkenaan yang dikatakan begitu menghiburkan.

“Nasib baik dia koyak sebelum naik pentas. Tapi macam tak ada tempat lain dia nak koyak.

“Datuk cantik sangat semalam. Persembahan pun seronok… menari tak ingat dunia Datuk,” antara komen netizen.

Pada minggu kedua All Stars Gegar Vaganza, Aishah tampil menyanyikan lagu Flashdance What A Feeling oleh Irene Cara.

BACA: “Apa Kelayakan Anne Ngasri? dilantik sebagai Timbalan Pengerusi GiatMara