Air mata Iqbal meleleh bila terkenangkan kritikan Ajai padanya

Air mata Iqbal meleleh bila terkenangkan kritikan Ajai padanya. Menghadamkritikan pedas Ajai di pentas Big Stage bukanlah semudah yang disangka buat usahawan, Iqbal Zulkefli meskipun pada hakikatnya dia mengatakan tidak terasa hati.

Iqbal memberitahu, air matanya mengalir sebaik sahaja dia pulang dan bersen.dirian mengenang kembali kata-kata Ajai selepas persembahannya.

“Saya pun tidak sedar yang sebenarnya saya ada pera.saan se.dih kerana saya mengajar diri saya untuk menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka.

Air mata Iqbal meleleh bila terkenangkan kritikan Ajai padanya

“Secara jujur saya menerima kritikan Ajai dengan hati yang terbuka dan saya sendiri akui bahawa saya bukanlah seorang penyanyi yang baik,” katanya kepada Majoriti.

Kongsi penyanyi lagu Hujan itu lagi, dia juga mera.sa sedikit ke.ce.wa kerana tersingkir dari pertandingan Big Stage walaupun semasa penying.kiran dia nampak gembira selepas namanya diumumkan.

Katanya, dia gembira kerana rakan lain (Megat Rahim dan Lia Aziz) masih dapat meneruskan perjuangan di pentas Big Stage.

“Saya ada rasa kecewa kerana tersing.kir kerana ini baru minggu kedua dan saya baru nak ‘panaskan enjin’, tetapi apakan daya bukan rezeki saya.

“Bagaimanapun, saya gembira kerana Megat dan Lia dapat teruskan perjuangan kerana ini minat dan impian mereka,” ujarnya.

Tambahnya lagi, meskipun menerima kritikan pedas dan tersing.kir di Big Stage, dia tidak akan berpu.tus asa untuk bernyanyi dan akan tetap menghasilkan single pada masa akan datang.

Katanya, meskipun mendapat kritikan bahawa dia ‘tidak berbakat dalam nyanyi.an dan semuanya bukan boleh dibeli dengan wang’, dia akan terus berkarya dan memperbaiki diri walaupun ia akan mema.kan masa yang lama.

“Dalam posisi yang lain saya tidak akan putus asa dan saya akan teruskan dalam bidang seni, sama ada saya mahu buat empat atau lima lagu saya akan tetap buat.

“Saya tidak boleh fikirkan apa yang berlaku, saya tetap akan teruskan kerana ma.ruah diri saya adalah untuk mempertahankan semangat saya,” kongsinya.

Baca:

Wawa Zainal sedia hamil anak ke 5,dah buang implan cegah hamil

Berlakon bersama Mia Sara?, Ini jawapan Puteri Balqis

Bapa sendiri baru sahaja meninggal, anaknya sempat buat tiktok sebelah jenazah

COMMENTS

Wordpress (0)