Ahli Dewan Rakyat yang menentukan kedudukan PM, bukan parti politik – Peguam Negara

Ahli Dewan Rakyat yang menentukan kedudukan PM, bukan parti politik – Peguam Negara

Kerajaan tidak mempunyai apa-apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, kata peguam negara.

Menurutnya berdasarkan perkara (43)(2)(a) Perlembagaan Persekutuan, penentuan sama ada seseorang itu mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat hendaklah melalui ahli-ahli Dewan Rakyat itu sendiri bukan melalui kenyataan oleh sesuatu parti politik ataupun mana-mana pemimpin parti politik.

“Buat masa ini Kerajaan tidak mempunyai apa apa fakta jelas yang menunjukkan bahawa YAB perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat,” katanya.

COMMENTS