Afdlin Shauki akhirnya dedah kisah sebenar mengapa bercerai

Afdlin Shauki akhirnya dedah kisah sebenar mengapa bercerai

Afdlin Shauki akhirnya dedah kisah sebenar mengapa bercerai. ‘menitis air mata saya..’pengarah dan penerbit, Datuk Afdlin Shauki mendedahkan yang hubungannya bersama bekas isteri, Datin Maria Christina Orow Abdullah masih dalam keadaan baik, sungguhpun mereka tidak lagi hidup berumah tangga sejak Ramadan lalu.

Menurut Afdlin, dia masih menganggap bekas isterinya itu sebagai sahabat memandangkan mereka memang banyak menghabiskan masa bersama sebagai rakan sekerja, terutama dalam bidang penulisan skrip.

“Jujurnya, bekas isteri saya itu adalah sahabat saya untuk selamanya. Selepas lama bekerja berdua, saya juga anggap dia sebagai rakan dalam bidang penulisan, sebab dia sangat bagus menulis.

“Jika ditanya, adakah kami masih berbaik antara satu dengan lain, jawapannya ya. Kami memang boleh bekerja berdua… namun mungkin bukan lagi secara peribadi,” katanya kepada Gempak.

Afdlin berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama bersiri AI.5YA yang diadakan di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor baru-baru ini.

Akhirnya Afdlin Shauki buka cerita sebenar sebab cerai – ‘menitis air mata saya..’

Afdlin Shauki akhirnya dedah kisah sebenar mengapa bercerai

Melanjutkan bicara, Afdlin turut memperincikan sebab terjadinya punca dia dan isteri memutuskan untuk tidak lagi bergelar pasangan suami isteri.

“Sewaktu pandemik melanda dunia, saya banyak bekerja luar. Keluarga pula takut dengan virus dan situasi pada waktu itu. Jadi, saya banyak kali tidak balik rumah. Bimbang jika saya terbawa virus tersebut di kediaman.

“Sungguhpun begitu, kami tetap berhubungan antara satu dengan lain seperti berbual dengan menggunakan telefon atau video call. Mungkin itu antara sebab hubungan kekeluargaan kami terganggu,” ujarnya.

Dalam masa sama, Afdlin menjelaskan yang anak-anaknya, Mia Sarah, Anais dan Ileana Matin juga memahami keputusan yang diambil.

“Kami duduk berborak dengan anak-anak ketika bulan Ramadan dan kami terangkan pada mereka agar mereka faham. Menurut anak-anak, jika kami bahagia, mereka okey dengan keputusan yang diambil,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya jika dia dan bekas isteri masih berharap untuk kembali, Afdlin berkata: “Saya tidak pernah tutup hati saya sekiranya ada rezeki. Cuma pada ketika ini, kami tidak pernah berbicara soal untuk kembali bersama.

“Ketika di mahkamah, kami mohon maaf antara satu sama lain dan berpelukan buat kali terakhir sebelum saya lafaz talak.

“Menitik juga air mata saya ketika itu. Tetapi, apa yang saya rasa itu perkara yang kami mahukan dan betul untuk dilakukan,” ujarnya lagi.

Dalam perkembangan lain, Afdlin muncul dengan drama bersiri AI.5YA sebagai pengarah, pelakon dan juga penulis skrip.

Drama tersebut berkisar tentang kehidupan harian manusia yang turut diisi dengan kehadiran robot atau android.

Selain Afdlin, AI.5YA turut membariskan barisan pelakon antaranya, Mia Sara Shauki, Zizan Razak, Faradhiya, Ako Mustapha dan Elly Arifin. AI.5YA ditayangkan di platform penstriman digital.

BACA:

Anwar singkap pengalaman kesnya tak ditangguh walaupun peguamnya meninggal dunia

Swap tanah dengan RX-Z, ini luahan tuan tanah