Adira Suhaimi failkan penceraian buat kali kedua, Datuk Red kena ‘sound’ dengan Hakim

Ramai yang terkejut apabila penyanyi terkenal, Adira Suhaimi, memfailkan permohonan penceraian terhadap suaminya,

Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober yang lalu.

Diketahui, permohonan cerai ini merupakan kali kedua yang diajukan oleh Adira terhadap Datuk Red,

Adira Suhaimi failkan penceraian buat kali kedua, Datuk Red kena 'sound' dengan Hakim

Nama gelaran Adnan, selepas sebelum ini dia memfailkan pada 1 April 2019.

Walau bagaimanapun, pada masa itu, selebriti ini menarik balik permohonan tersebut memberi peluang kedua kepada suaminya dan mencuba yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Adira hadir ke mahkamah bersama kakaknya, Emma Suhaimi, yang menjadi wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK), sementara Datuk Red hanya hadir seorang diri dan gagal membawa wakil dalam proses tersebut.

Datuk Red ditegur oleh Hakim Syarie, Abdul Hadi, kerana dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai yang sepatutnya dilakukan dengan segera.

Akibat daripada itu, kes ini ditangguhkan hingga 18 Disember ini untuk memberi peluang kepada Adnan untuk melantik seorang wakil.

Sebagai makluman, Adnan dan Adira telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai pasangan suami isteri kedua.

BACA: “Tiba-tiba ada perempuan berpurdah peluk suami aku masa atas pelamin, rupanya ini kerja laki aku”