Penyanyi Adira Suhaimi pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli politik sebelum berkahwin dengan Datuk Seri Adnan Abu, juga dikenali sebagai Dato Red.
Menurut laporan mStar, Adira menerusi satu video di TikTok berkongsi bahawa dia hampir menjadi “orang Kelantan” tetapi mengakui tiada jodoh sebelum berkahwin dengan Dato Red.
Walaupun Adira tidak menyebut nama lelaki itu, ada netizen yang mendakwa bahawa lelaki yang dimaksudkan Adira adalah Shahrul Nasrun Kamarudin.
Shahrul Nasrun kini sudah berkahwin dengan seorang pengasas produk yang cantik.
Untuk makluman, Adira pernah bertunang dengan Shahrul pada 22 Disember 2014, namun pertunangan itu terlerai pada April 2015 tanpa memberitahu punca perpisahan.
Selepas itu, Adira mendirikan rumah tangga dengan Dato Red pada 3 Disember 2015, namun perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 24 April yang lepas.
Baca : Pemandu Lamborghini meninggal dunia di lebuhraya Karak, kereta hangus terbakar