Adik Syamsul Yusof tertekan dengan kejayaan Mat Kilau

Adik Syamsul Yusof tertekan dengan kejayaan Mat Kilau

Adik Syamsul Yusof tertekan dengan kejayaan Mat Kilau. Pengarah Syafiq Yusof tidak dapat menutup tanggapan segelintir pihak yang akan membandingkan karyanya dengan filem arahan abangnya, Syamsul Yusof.

Syafiq yang kini menanti tayangan filem arahannya, Abang Long Fadil 3 pada September ini berkata, melihat kejayaan filem Mat Kilau arahan abangnya itu yang mendapat sambutan luar biasa memberi satu tekanan kepada dirinya.

“Rasa tekanan itu memang ada. Walaupun saya tak nak bandingkan filem saya dengan filem-filem abang, namun orang luar akan tetap bandingkan. Mereka akan kata: ‘Oh dia tak sehebat abang dia, kutipan filem dia tak setinggi abang dia.’

“Kalau filem saya box office, Alhamdulillah. Kalau tidak box office pun, saya akan terus berjuang buat filem yang bagus untuk industri perfileman di Malaysia,” katanya.

Menurut Syafiq, biarpun tertekan namun dia berbangga dengan kejayaan yang diraih abangnya itu dan percaya Syamsul memiliki sentuhan emas seperti bapanya, Datuk Yusof Haslam.

Adik Syamsul Yusof tertekan dengan kejayaan Mat Kilau

“Itu fakta. Ayah saya buat filem semua laku, semua hit. Abang saya juga punya sentuhan yang sama. Saya saja kadang-kadang laku kadang-kadang tidak. Rezeki masing-masing kan?.

“Tetapi, saya tetap bangga dengan kejayaan abang saya. Menerusi kejayaan Mat Kilau, saya harap lebih ramai orang akan datang ke pawagam dan menonton filem tempatan.

“Dalam masa yang sama, ia menjadi penyebab kepada pengarah lain untuk mendapat peluang mengarahkan filem-filem berbajet besar, seterusnya menghasilkan karya-karya bermutu pada masa akan datang,” katanya

Dalam pada itu, Abang Long Fadil 3 bakal menemui penonton pada September ini.

“Sebenarnya filem itu sudah lama siap, tapi tertangguh akibat pandemik. Sekarang dah okey sedikit, dan filem Mat Kilau pun menunjukkan prestasi yang bagus dan orang pun mula berani untuk ke panggung wayang semula,” katanya.

BACA:

Pondok usang menanti untuk roboh, nasib 7 beranak tidak menentu

Harga jatuh pada paras terendah 9 bulan, masa untuk miliki emas