Adegan cium : Ini reaksi suami Elizabeth Tan

Adegan cium : Ini reaksi suami Elizabeth Tan

Adegan cium : Ini reaksi suami Elizabeth Tan. Pelakon Elizabeth Tan mengakui adegan bercium dengan aktor Jay Iswazir dalam filem Abang Long Fadil 3 (ALF3) adalah lakonan sendiri.

Menurut Elizabeth atau lebih mesra disapa Lizzy, berkata, dia memilih untuk tidak menggunakan teknik kamera.

Selain itu, penyanyi berumur 29 tahun menjelaskan dia belum lagi berkahwin dengan suami, Dr Siew Jim pada tahun 2019.

It’s real (aksi itu benar)… Kalaulah adegan itu saya dapat lakukan dengan lebih lagi. Tetapi babak itu hanya begitu sahaja.

Kalau diberi peluang sekarang, macam-macam sudah saya fikirkan. Lagipun, ketika adegan itu dibuat, saya belum berkahwin dan Jay okay dengan babak itu.

Lizzy berkata demikian ketika sejurus usai majlis tayangan ALF3 yang diadakan di TGV, Suria KLCC, baru-baru ini.

Adegan cium : Ini reaksi suami Elizabeth Tan

Pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei berharap agar filem ALF3 ini membuka mata pengarah dan penerbit tempatan untuk memberi peluang dia melakonkan watak aksi lagi.

Saya ada bercakap dengan pengarah, Syafiq Yusof untuk hasilkan filem Abang Long Fadil 4 selepas ini. Harap impian saya itu dimakbulkan.

Saya harap filem ini dapat beri saya lebih banyak peluang untuk melakonkan watak aksi. Mungkin sebelum ini ramai yang tidak tahu saya minat watak aksi pertarungan.

Pelantun lagu Knock Knock ini juga tidak kisah dengan kesakitan yang dirasai demi menjayakan babak.

Saya sedia memasuki latihan intensif kerana saya memang hendak belajar cara berlakon dalam filem aksi.

Walaupun saya lebam teruk sepanjang penggambaran filem ini, tetapi tidak pernah terdetik rasa putus asa. Sebaliknya, saya sangat ‘enjoy’ dengan setiap aksi yang saya lakukan.

Selain Lizzy dan Jay, ALF3 turut dibintangi barisan pelakon hebat lain antaranya Zizan Razak, Johan, Maya Karin, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Shuib, Kazar, Datuk AC Mizal, Joey Daud, Khir Rahman, Daniella Sha dan Siraj.

Filem ALF3 bersedia menggegarkan pawagam Malaysia, Singapura, Brunei bermula 8 September 2022.

Filem terbitan Skop Productions Sdn Bhd dan Astro Shaw ini akan mengadakan siri jelajah dengan selama tiga hari mulai 9 September di zon Selatan Semenanjung Malaysia disusuli zon utara mulai 15 September.

baca:

Kutipan ‘Air Force The Movie’ hampir menyamai rekod Mat Kilau

Cium betul, Elizabeth Tan dedah adegan dalam Abang Long Fadil 3