Abang janji lepas rakam abang Delete. Wanita sedang tidur lunyai dirogol bergilir-gilir 5 lelaki rakan abang ipar

Lima lelaki bertindak mengikat tangan dan menekup mulut seorang wanita yang sedang tidur

sebelum merogol mangsa secara gilir-gilir di rumahnya di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Perbuatan terkutuk itu turut dirakam suspek.

Abang janji lepas rakam abang Delete. Wanita sedang tidur lunyai dirogol bergilir-gilir 5 lelaki rakan abang ipar

Kejadian berlaku jam 3.30 pagi ketika mangsa berusia 27 tahun sedang tidur di dalam biliknya.

Dia bagaimanapun tersedar apabila mulutnya ditutup dengan tangan oleh suspek yang juga dipercayai rakan kepada abang iparnya.

Menurut sumber, suspek mengikat tangan dan menutup mulut mangsa dengan pita pelekat sebelum mereka memperkosanya dan merakam perbuatan keji itu.

“Selepas memperkosa mangsa mereka terus melarikan diri menyebabkan dia cedera dan lebam di tangan.

“Trauma dengan kejadian itu mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kesemua suspek sedang dikesan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

BACA: Dulu ibu tunggal kini isteri jutawan, bulan-bulan suami bank in nafkah RM2.1 juta sebulan