9 manusia yang mempunyai kuasa super

Bumi kita ini dihuni lebih daripada 7 bilion manusia. Dan dalam 7 bilion tersebut sudah pasti mempunyai pelbagai keistimewaan yang tak sama antara satu sama lain. Video kali ini kami nak kongsikan 9 manusia yang mempunyai kuasa luar biasa yang pernah direkodkan.

Mungkin ada ramai lagi belum memunculkan diri. Mempunyai kuasa luar biasa yang di anggap melanggar hukum fizik. Jom kami senaraikan.

9. Win Hof.

Win mempunyai satu kuasa ajaib iaitu mampu menahan kesejukkan yang extrim. Badannya mempunyai keupayaan menstabilkan suhu dengan menggunakan teknik pernafasan yang diciptakannya sendiri dimana dapat mengekalkan degupan jantung ke tahap yang maksimum. Win telah mengejutkan dunia sains dan diperakui oleh saintis yang mengujinya.

Aktiviti ektrim yang penah dilakukan adalah berendam dalam ais lebih sejam, maraton di musim salji dan yang paling ganas win mendaki
gunung everest hanya pakai seluar pendek dan tanpa baju. Suhu everest paling sejuk adalah negatif 60 darjah selsius.

9 manusia yang mempunyai kuasa super
8. Ben Underwood.

Merupakan seorang remaja yang dilihat normal seperti orang biasa. Dia boleh bermain bola keranjang, bermain video game dan main papan luncur. Tetapi apa yang orang lain tak tahu adalah Ben seorang yang buta kedua belah mata. Ben menggunakan deria lain sebagai pengganti deria mata yang dipanggil Ekolokasi.

Deria yang sama digunakan oleh kelawar. Dia menggunakan bunyi untuk mengenal pasti objek disekitarnya. Ben mendapat kelebihan ini
atas jasa ibu yang melatihnya sejak dia kehilangan mata akibat kanser retina ketika berusia 3 tahun. Walaubagaimanapun ben telah meninggal dunia pada tahun 2009.

9 manusia yang mempunyai kuasa super

7. Isawo Machi.

Lelaki jepun ini mempunyai kecepatan bagai peluru ketika menggunakan pedang samurai. Isawo mampu mempotong peluru yang di tembak ke arahnya. Amat-amat dahsyat kemampuannya. Ketajaman mata dan kepantasan ini dikatakan diwarisi dari lagenda samurai yang mempunya e seni bela diri bernama Laido.

Rekod paling ganas yang direkodkan apabila isawo boleh memotong peluru yang berkelajuan 350 kilometer per jam dalam sekali percubaan.

6. Veronika Seider.

Wanita Jerman ini mempunyai mata yang cukup tajam dan mampu melihat dari jarak yang sangat jauh. Jarak yang paling jauh veronika boleh nampak adalah sejauh 1.6 kilometer. Dikatakan matanya ibarat teropong. Kemampuannya dikenal pasti ketika menuntut di universiti.

Beberapa siri ujian yang dilakukan telah mengesahkan veronika mempunyai kuasa penglihatan 20 kali ganda lebih dari manusia biasa. Sangat Hebat.

5. Stephen Wiltshire.

lelaki ini mampu melukis apa saja objek yang dilihat walaupun sekali. Kemampuan ini dikatakan seolah-olah kamera yang boleh merakam. Stephen dikatakan memiliki sindrom autistik savant dimana memiliki autizem, tetapi mempunyai kehebatan mental yang jauh melebihi kemampuan manusia biasa.

Rekod paling gempak stephen pernah buat adalah dengan menaiki helikopter selama 20 minit mengelilingi bandar new york, dia boleh melukisnya semula dan mengigati berapa jumlah tingkap sesebuah bangunan itu ada. Bukan new york sahaja, kota london,tokyo dan rom juga stephen telah lukis.

4. John Chang.

Kebolehan John adalah beliau mampu menggunakan tenaga dalaman yang bernama Ki atau Kigong. Dengan kemampuan ini john dikatakan boleh merawat orang dengan kaedah akupancer. Walaubagaimanapun john seorang yang misteri dan pernah menghilangkan diri kerana tidak mahu dirakam.

John boleh mengalirkan tenaganya dengan sempurna sehinggakan boleh membakar kertas dengan menggunakan tangan kosong sahaja. Amat-amat dahsyat keupayaan John Chang.

3. Slavisa Pajkic.

lelaki dari Serbia ini digelar manusia bateri kerana dia lansung tidak terkesan dengan renjatan elektrik dan mampu menghasilkan tenaga elektrik. Dia mula menyedari kuasa ini ketika berusia 17 tahun di mana dia tidak terkena renjatan elektrik sewaktu kemalangan di tempat kerja.

Slavisa yakin renjatan elektrik tidak berkesan terhadapnya.Pelbagai rekod telah diciptanya. yang paling gila dia mampu menahan arus elektrik yang berjumlah 20,000 volt dan memanaskan air dalam tempoh kurang 2 minit. Saintis bingung dengan kondisi slavisa dan membuat kesimpulan yang dia tidak mempunyai kelenjar peluh dan air liur, maka disebabkan itu dia boleh mengalirkan arus elektrik.

2. Ho Eng Hui.

Lelaki ini ber asal dari johor, Malaysia. Ho mempunyai jari besi yang keras. pelbagai rekod telah dicipta dengan menggunakan jari telunjuknya. Kekerasan jarinya boleh menebuk buah kelapa dengan senang sekali.

Walaubagaimanapun, kemampuannya diperolehi atas usaha latihan gigih dan pernah patah jari sebanyak 3 kali untuk mendapatkan kemampuan itu.

1. Joy Milne.

Wanita Scotland ini mempunyai kuasa menghidu yang tajam. joy mendapatkan kuasanya apabila pada suatu hari dia menghidu bau badan suaminya pelik dan tidak hilang-hilang. Akhirnya mendapati suaminya menghidap pakinson tahap awal. Kemampuan joy adalah dia boleh menghidu pesakit pakinson yang dikatakan mempunyai aroma yis atau ibu roti yang busuk.

Kemampuannya telah diuji saintis dan telah memperaku e kebolehan luar biasanya. Semua ujian yang dilakukan menunjukkan joy dapat menghidu dengan tepat. Joy kini banyak terlibat dengan saintis perubatan dalam mereka kaedah teknologi yang dapat mengenal pasti pesakit pakinson.

BACA JUGA :
10 binatang paling bijak di dunia
10 sungai terpanjang di dunia
10 bunga termahal di dunia harga sangat tak masuk akal