Bekas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din telah meningg4l dunia di San Francisco pada jam 10.05 waktu Malaysia pagi ini.
Pemergian beliau merupakan kehilangan besar dan pelbagai pihak telah menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham
Termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain dikenali sebagai figura politik penting negara, Allahy4rham juga sentiasa dikenang sebagai pendidik, pendakwah, dan pengasas Darussyifa, pusat perubatan Islam terkenal negara.
Berikut merupakan 9 fakta mengenai Allahy4rham:
1. Dilahirkan pada 18 Ogos 1940 di Kangar, Allahy4rham merupakan anak ketiga daripada 10 orang adik-beradik.
2. Allahy4rham mendirikan rumah bersama Datin Khadijah binti Haji Salleh dan dikurniakan lima orang cahaya mata: Huda, Hamdi, Salwa, Najmi dan Hana.
3. Ketika belajar agama di Madrasah al-‘Alawiyah al-Diniah, Allahy4rham mengayuh basikal sejauh 20 kilometer setiap hari ke sekolah.
4. Allahy4rham dipanggil temuduga untuk menyambung pelajaran ke Kolej Islam Malaya selepas beliau mengirim surat permohonan bertulisan tangan sepenuhnya dalam bahasa Arab. Selepas ditemuduga, All4hyarham diterima sebagai pelajar pada hari yang sama.
5. All4hyarham memiliki kelulusan Sarjana Syariah dari Universiti Al-Azhar dan Doktor Falsafah Syariah dari Universiti Darul Ulum.
6. Selain aktif dalam bidang akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia, Allahyarham juga giat menulis dan telah menerbitkan lebih 50 buah buku dalam bidang agama, politik, dan perubatan Islam.
7. Penglibatan Allhy4rham dalam Parti Islam se-Malaysia (PAS) mula aktif pada tahun 1975 apabila beliau menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. Beliau pernah menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat dan Timbalan Mursyidul Am. Beliau menggantikan Allahy4rham Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Mursyidul Am pada 9 Mac 2015.
8. Allahyarh4m bertanding di kerusi Parlimen Arau dalam tiga pilihan raya umum (2004, 2008, 2013) dan dalam kesemua percubaan tewas kepada calon UMNO.
9. Allahyarh4m juga turut aktif menjadi ahli majlis penasihat syariah dalam sektor kewangan dan perbankan. Bank Negara, RHB, Public Bank, CIMB, dan Suruhanjaya Sekuriti merupakan antara institusi yang mendapatkan kepakaran beliau.
BACA: Syamsul Yusof ada hubungan dengan wanita lain? Sekali respon Puteri Sarah ini buat ramai geli hati