8 tahun kena rogol dengan ayah sendiri sejak darjah 6, ibu pulak buat tak layan

Kejadian yang mengejutkan dan menjijikkan ini melibatkan seorang lelaki yang telah melakukan perbuatan rogol

Terhadap anak perempuannya, yang kini berusia 20 tahun, sejak lapan tahun lalu.

Ia menjadi tular setelah laporan dibuat kepada pihak polis di Port Dickson.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed, mangsa telah melaporkan bahawa dia

menjadi mangsa rogol oleh bapanya sendiri sejak berusia 12 tahun.

8 tahun kena rogol dengan ayah sendiri sejak darjah 6, ibu pulak buat tak layan

Siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku sejak tahun 2016 hingga kejadian terkini pada tahun 2024, semuanya berlaku di rumah mereka di Kampung Chuah, Port Dickson.

Yang lebih memilukan, mangsa telah memberitahu ibunya mengenai perkara itu sebelum ini, tetapi aduan itu tidak diendahkan. Walaupun mangsa sudah melahirkan dua orang anak, ibunya masih tidak mengambil tindakan.

Polis bertindak serta-merta selepas menerima aduan mangsa dan menahan pasangan tersebut pada 3 Mei lalu. Selepas pemeriksaan rekod lampau, polis mendapati kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah berkaitan dengan dadah.

Kedua-dua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Seremban dan direman dari 4 Mei hingga 8 Mei untuk siasatan lanjut. Kejadian ini mencetuskan kemarahan dan kesedihan di kalangan masyarakat, dan mereka menuntut keadilan bagi mangsa dan anak-anaknya.