Rasanya semua orang tahu kes M H tiga tujuh kosong atau kapal terbang mas yang tiba-tiba hilang tanpa di kesan pada tahun 8 Mac 2014 yang lalu. Dikatakan kapal terbang ini terputus hubungan dengan menara kawalan selepas 38 minit berlepas. Kehilangan kapal terbang ini terus menjadi misteri dan tanda tanya dunia, kususnya rakyat malaysia.
Tiada bangkai kapal yang benar benar di temui ataupun mayat semasa operasi pencarian di lakukan. Dan baru baru ini. kita dikejutkan dengan teori yang mengatakan kapal ini mendarat di Pulau Diego Garcia oleh pengguna facebook bernama Afiq Haikal. Jom kami senaraikan sebabnya.
Nombor 1.
Pada 6 April 2014, Facebook milik Phillip Wood salah seorang penumpang MH370 telah menghantar lokasi di mana dia berada dan
memuat naik satu foto di dalam bilik yang gelap, lokasi tersebut adalah di Pulau Diego Garcia.
7 sebab kenapa MH370 di katakan ada di Pulau Diego Garcia
Nombor 2.
Penampakan ramai pekerja di Pulau Diego Garcia yang mukanya mirip dengan penumpang dan kru MH370 . Sudah lapan tahun berlalu,
sudah pasti muka mereka berubah atau diubah. Kalau satu orang yang mirip mungkin boleh dikatakan kebetulan. Tetapi kalau dah ramai. Adakah ini kebetulan?.
Nombor 3.
Ahli politik Amerika Syarikat, Flaxton Gregory berkata, MH370 adalah 100 peratus berada di Diego Garcia. Seorang lelaki tidak dikenali juga
mengatakan President AS pada masa itu, Barrack Obama mengetahui di mana MH370 berada iaitu di pulau tersebut dan tujuan penculikan
229 penumpang kapal adalah untuk melakukan eksperimen terhadap manusia. Jika benar bagai dikata maka fakta ini sangat menakutkan.
Nombor 4.
Beberapa penduduk di Maldives mendakwa ternampak sebuah kapal terbang berjalur merah terbang rendah menuju ke arah barat dimana terletaknya diego garcia.
Nombor 5.
Seorang jurutera dari AS membuat kajian bahawa orang Maldives yang nampak MH370 itu adalah benar kerana waktu ketika saksi nampak sangat bertepatan dengan masa yang diambil MH370 dari Laut China Selatan ke Maldives. Beliau juga berkata, bahan bakar MH70 adalah mencukupi untuk sampai di Diego Garcia.
Nombor 6.
Sebuah listening station di Cape Leuwin di barat Australia telah menerima satu isyarat yang lemah dari laut. Cape Leuwin tidak dapat mengetahui dari mana isyarat itu datang. Yang mengejutkan adalah isyarat tersebut menuju ke arah pulau Diego Garcia
iaitu 3,000 batu nautika dari Kep Leuwin.
Nombor 7.
Sangat mustahil jika MH370 terhempas di dalam air kerana syarikat Boeing sudah melakukan demonstrasi. Walaupun kapal terbang membuat soft landing di atas air, bahagian kapal tetap pecah atau terpisah iaitu bahagian kokpit, sayap dan ekor.
Itulah tadi 7 sebab kenapa MH 370 dikatakan berada di Diego Garcia. Dikatakan ada banyak lagi petunjuk dan ramai lagi ahli politik AS mahu pun kakitangan ketenteraan AS yang berkata perkara yang sama iaitu MH370 berada di Diego Garcia.