Hari ini kami nak kongsikan kepada korang tentang pen paling mahal yang ada di planet kita. Lupakan tentang pen percuma yang korang terima di kursus atau mana mana seminar.
Pen mewah ini adalah lambang kepada status sosial golongan kayangan atau bangsawan. Ya. pen juga lambang status seseorang. jangan pandang jam tangan sahaja. Pen mewah ini dikatakan mampu melonjak harga ke tahap yang tak munasabah. Tanpa membuang masa. jom lihat senarai pen ini.
7. Montblank – Diamond Solitair.
Apa yang istimewa tentang pen ini adalah hampir keseluruhan bahagian pen ini dihiasi butiran berlian indah yang dikatakan
berjumlah sebanyak 4654 butir. Sangat-sangat cantik dan nak tahu berapa harga?. 740 ribu ringgit.
7 pen paling mahal di dunia
6. Montblank – Limited Edition Bohimi Papillon.
Mempunyai rekabentuk gabungan rama rama dan motif organik. Pen limited edition ini terhasil dari emas dan berlian. memang sangat rare dan menjolok mata pada sesiapa yang memandang. Nak tahu harga dia berapa?. 974 ribu ringgit.
5. Montblank – Prince Rainer 3 limited Edition 81.
Pen ini adalah edisi terhad yang dikeluarkan oleh montblank sebagai memperingati kematian putera monako yang berusia 81 tahun. mempunyai berlian dan emas putih. rekaan sangat elegan dan berkelas. harga yang di jual boleh tahan juga. R M 1.1 juta.
4. Karan D’Ach – La moder nista Daimon.
Direka khas sempena menghormati Arkitek Katalan iaitu Antonio Gaudi. Hasil kerja arkitek itu adalah gereja terbesar didunia iaitu sagrada
familia yang masih belum siap sejak dimulakan pada tahun 18 82. Pen ini memerlukan masa 6 bulan penghasilannya kerana mengandungi lebih 5000 butir berlian yang perlu disusun secara manual oleh tukang berlian terkenal, Robert Perron. Harga pen ini R M 1.12 juta.
3. Montblank – Misteri Master pis.
Sempena ulang tahun 100 tahun Montblank. Pen ini hasil gabungan dengan pembuat barang kemas van cleef & arpels yang juga meraikan ulang tahun ke 100 mereka. Ini sudah pasti sebuah karya agung yang sangat bernilai tinggi. Nak tahu harganya berapa?. R m 3.09 juta.
2. Aurora Dia manti.
Nama pun dah gempak. pen ke 2 termahal ini direka khas untuk pembeli yang benar-benar kaya dan ada sentuhan peribadi untuk pemiliknya sendiri. bertahtakan berlian kabokon yang agak besar dan harga pasti tak mampu milik orang biasa biasa. Harganya R M 6.2 juta.
1. Tibaldi – Fulgor noc tur nus.
Pen ini ada satu sahaja di dunia. merupakan karya agung yang dikatakan pen paling sempurna bertahtakan berlian hitam dan batu delima, rekaan paling tepat dan berseni yang setanding dengan karya agong purba seperti penciptaan piramid dan karya maikel angelo. pen ini dilelong pada harga RM 33 juta pada tahun 2010. memang amat amat dahsyat.