Kejohanan terulung dunia bola sepak yang dianjurkan setiap 4 tahun sekali ini pastinya dinanti-nantikan oleh setiap peminat bola sepak
seluruh dunia setelah Perancis memenanginya pada tahun 2018.
Dalam sejarah, kita telah menyaksikan beberapa negara yang telah diharamkan daripada menyertai pertandingan Piala Dunia Fifa atas
sebab-sebab tertentu. Kali ini, mari lihat senarai 7 buah negara yang pernah diharamkan bertanding dalam pusingan akhir Piala Dunia walaupun telah layak secara merit.
7. Jepun. 1950.
Selepas edisi Piala Dunia 19 42 dan 19 46 dibatalkan kerana Perang Dunia Ke 2, kejohanan itu kembali pada tahun 19 50. Tetapi Jepun tidak
dibenarkan menyerta e kerana terlibat secara langsung dalam Perang Dunia kedua. Selepas itu Jepun gagal melayakkan diri ke edisi 19 54, dan tidak layak ke mana-mana kejohanan sehingga edisi 1998 di Perancis.
7 negara yang pernah digantung Piala Dunia Fifa
6. Jerman. 1950.
Sama seperti Jepun. Jerman juga terlibat dalam perang dunia ke 2. maka dilarang menyerta e piala dunia pada tahun 19 50. Jerman kembali ke Piala Dunia pada tahun 19 54 dan memenangi pertandingan yang diadakan di Switzerland untuk kejuaraan pertama daripada empat siri gelaran.
5. Afrika Selatan. 1970 hingga 1990.
Fifa telah menggantung penyertaan Afrika Selatan dengan lama. Ini adalah disebabkan dasar Apartheid yang di amalkan kerajaan Afrika
Selatan pada ketika itu. Larangan itu berterusan sehingga selepas dasar apartheid runtuh. Fifa membenarkan Afrika Selatan menyertai semula pada tahun 1992. Afrika Selatan pernah menjadi tuan rumah piala dunia pada tahun 2010.
4. Mexico. 1990.
Mexico merupakan tuan rumah bagi penganjuran Piala Dunia edisi tahun 1986. Malangnya, mereka telah diharamkan daripada Piala Dunia 1990 yang berlangsung 4 tahun berikutnya kerana telah membariskan pemain yang telah melebihi had umur dalam kelayakan untuk Kejohanan Remaja Dunia 1989.
3. Chili. 1994.
Ini adalah disebabkan penjaga gol Chili, Roberto Rojas berpura-pura cedera akibat suar yang dibaling oleh penonton semasa pertembungan negaranya menentang Brazil pada tahun 19 89 di pusingan kelayak kan. Seorang jurugambar walau bagaimanapun berjaya membongkarkan muslihatnya yang mencederakan kepalanya sendiri menggunakan pisau lipat yang disorokkan dalam sarung tangannya. Chili diharamkan daripada Piala Dunia FIFA 19 94 sementara Roberto Rojas digantung daripada kejohanan utama seumur hidup.
2. Myanmar. 2006.
Fifa pernah mengharamkan negara yang pernah dikenali sebagai Burma daripada Piala Dunia 2006 di Jerman. Ia mengeluarkan penggantungan untuk kejohanan itu selepas Myanmar enggan bermain menentang Iran semasa perlawanan kelayakan dan menarik balik penyertaan mereka untuk edisi 2002 di Jepun dan Korea Selatan.
1. Russia. 2022.
Rusia adalah negara terbaharu yang diharamkan oleh Fifa daripada bertanding di Piala Dunia dengan pengecualian mereka daripada Qatar
2022. Fifa dan badan induk Eropah UEFA bersetuju untuk menggantung semua pasukan Rusia – domestik dan antarabangsa – sehingga diberitahu kelak.