Setiap binatang yang ada di dunia ini mempunyai kelebihan tersendiri. Contohnya mempunyai penglihatan tajam, sensetif pada aroma, kekuatan larian dan sebagainya. Tapi hari ini kami nak kongsi 7 binatang yang mempunyai keistimewaan pada kulit mereka.
7. Buaya.
Kulit buaya tersangat keras di bahagian atas, iseolah-olah buaya mempunyai kulit yang seperti baju besi. banyak barangan kulit manusia yang bermutu tinggi dibuat menggunakan kulit buaya. Kulit mereka juga adalah sebagai sensor yang boleh mengesan mangsa walaupun mereka berada di dalam air. kulit pada wajah buaya boleh mengesan tekanan dan getaran. sangat menakutkan keupayaan buaya.
7 kulit binatang paling menakjubkan di dunia
6. Zirafah.
Kenapa zirafah boleh hidup di benua afrika yang panas dan kering? ini adalah disebabkan keistimewaan pada kulit mereka. Bintik-bintik
di kulit zirafah mempunyai fungsi tersendiri iaitu mempunyai pembuluh darah yang besar. Ini membuatkan tubuh mereka akan senang menyejuk kerana darah panas akan di salurkan ke tompok tersebut. sangat menakjubkan keupayaan zirafah.
5. Mengkarung atau Cicak gurun.
kalau dalam bahasa indonesia disebut kadal setan berduri. tengok saja pada tubuh mereka. siapa yang berani serang. duri penuh di badan dan kelihatan sangat seram. Apa yang lebih unik tentang cicak gurun ini adalah ia boleh minum melalui kaki sebab kulit mereka senang menyerap air. ibarat tisu yang menyerap air, air akan diserap naik ke atas dan melanggar hukum graviti.
4. Kuda belang.
Apa yang menarik tentang kulit kuda belang ini adalah ia boleh menghindarkan dari di serang serangga. warna kulitnya telah membingungkan serangga kerana menimbulkan plarisasi cahaya. senang cerita serangga boleh tertipu dengan warna kulit kuda belang. walaupun diserang, kuda belang boleh menghalau menggunakan ekornya.
3. Katak Kepala Pipih kalimantan.
Katak ini sangat unik dan dikatakan bernafas melalui kulitnya. ia suka hidup di kawasan lembab. Satu-satunya katak yang ada di dunia tidak memiliki paru-paru. Katak ini boleh ditemukan di sepanjang sungai kapuas kalimantan. keupayaan bernafas katak ini sangat menakjubkan.
2. Sesumpah atau sumpah sumpah.
rasanya semua orang tahu kelebihan sesumpah ini. kulitnya boleh berubah warna mengikut warna persekitarannya. Jika sesumpah ini menyentuh objek dia akan berubah menjadi warna objek yang disentuhnya. Selalunya pada warna pokok dan daun untuk penyamaran. kelemahan nya bukan pada ular tetapi pada burung pemangsa yang mempunyai penglihatan sangat tajam.
1. Siput Laut Hijau.
Yang ini binatang yang paling pelik. satu-satunya binatang di planet kita yang boleh berfotosintesis. bunyi macam tak logik. tetapi memang
siput ini dapat tenaga dari cahaya matahari. zat matahari ibarat makanan kepada siput ini yang di simpan melalui sel kulit mereka.
dah sama macam pokok sifatnya.
Itulah tadi 7 binatang yang mempunyai kulit yang unik. Inilah kelebihan mahluk ciptaan yang maha kuasa. semoga kita berjumpa lagi.