7 jenama yang ada waranti sepanjang hayat

Bagi setiap pembeli pasti korang nak membeli barang yang ada waranti atau jaminan agar barang yang dibeli boleh dipulangkan jika mengalami kerosakkan. kebiasaannya 1 tahun atau 2 tahun sahaja. kalau korang bernasib baik, barang yang dibeli mungkin tahan bertahun
tahun tanpa ada masalah. Itulah pentingnya ada waranti sesebuah produk.Yang pasti simpan resit pembelian dan kad waranti.

Jom kami kongsikan 7 jenama yang memberikan jaminan sepanjang hayat. Tak tahu sama ada ini strategi marketing atau produk mereka benar-benar bagus dan berkualiti.

7. Basikal BTWIN.

Basikal ini keluaran syarikat gergasi alat sukan iaitu Dikatlon. Basikal ini mempunyai reputasi baik dan berkualiti. Harganya juga sangat munasabah dibanding spesifikasi yang sama dengan jenama yang lain yang mahal. Rangka basikal ini dilindungi sepenuhnya sepanjang
hayat oleh syarikat dikatlon. Hanya rangka basikal sahaja.

kalau bahagian lain seperti aksesori tidak dikira seperti tayar, rim, brek dan lain lain. Yang pasti korang kena simpan bukti pembelian.

7 jenama yang ada waranti sepanjang hayat
6. The North Face.

Jenama ini terkenal dengan produk perkhemahan dan untuk aktiviti lasak. Kesemua produk mereka dilindungi dengan waranti sepanjang hayat, tak kira baju, jaket, beg dan alatan perkhemahan. Tetapi. Hanya kasut sahaja tak tersenarai dalam program waranti sepanjang hayat.
kasut diberikan waranti setahun sahaja.

7 jenama yang ada waranti sepanjang hayat

5. Tupperware.

Jenama yang diyakini para ibu. Kesemua produk tupperware ada jaminan sepanjang hayat. Jaminan ini dikatakan unik kerana merangkumo kerosakan yang berlaku secara semulajadi kecuali korang memang sengaja toreh dengan pisau atau hilangkan. Yang tu memang kena beli baru.

4. Zippo.

Siapa tak kenal zippo. produk pemetik api paling terkenal. kemampuan menyalakan api tak mudah padam walaun ada angin kencang.
memang berkualiti. mana-mana pemetik api zippo yang telah anda beli. ia mempunyai jaminan sepanjang hayat kecuali bahagian yang sering ditukar ganti seperti sumbu. Apa lagi. beli lah zippo.

3. Victorinox.

Produk rasmi yang paling terkenal adalah Swiss Armi Naiv. Produk ini telah diberi jaminan sepanjang hayat bagi melindungi keyakinan pembeli. Kalau korang pernah tengok cerita mike gaiver. pasti tahu kegunaan pisau ini. pisau perlbagai fungsi yang sesuai
disimpan untuk keadaan kecemasan.

2. Jansport.

Siapa pernah memiliki beg jenama Jansport yang asli. Era 90an memang ramai anak muda yang menggunakan beg ini. dah jadi trending
ketika itu. kepada yang membeli beg original jenama ini, anda dilindungi jaminan sepanjang hayat. Dengan syarat beg original, bukan beg tiruan.

1. Doktor Martens.

Jenama kasut kulit ini sangat trending suatu ketika dahulu. Apa yang menariknya. Ada siri kasut yang tulis ‘Guaranteed for Life’ yang tertera di bahagian tapaknya. Tetapi.

Doktor martens telah hentikan program jaminan sepanjang hayat ini pada tahun 2018 bagi produk keluaran baru sahaja. kepada yang membeli sebelum tarikh tersebut masih diberikan jaminan sepanjang hayat. janji tetap janji. siapa yang ada kasut ini sebelum tahun 2018 dikira bertuah kerana dah jadi barang rare.

Itulah tadi 7 jenama yang memberikan jaminan sepanjang hayat. jika korang ada jenama yang lain boleh kongsikan di ruang komen.

BACA JUGA :
10 jam tangan lelaki yang paling laris di Malaysia
7 fakta unik tentang air syurga yang ada di bumi
10 sungai terpanjang di dunia