Logam adalah elemen yang sangat berguna kepada manusia. Logam telah membantu banyak perkara dalam kehidupan manusia sejak dahulu lagi seperti senjata, peralatan, pembinaan, kenderaan dan sebagainya.
Bagi kebanyakkan orang biasa seperti kita. logam dianggap sama sahaja atau lebih senang dipanggil nama besi. walhal besi merupakan salah satu dari logam sahaja. sebenarnya banyak logam yang ada di dunia ini. Jom Kami kongsikan 5 logam terkuat di dunia.
5. Besi.
Besi merupakan logam yang paling banyak di temui di bumi kita. sebab itu apa saja logam akan dipanggil besi. Besi boleh ditemui di permukaan bumi mahupun di teras bumi. Ia digunakan secara meluas dan hampir melibatkan semua industri yang ada di planet ini.
Disebabkan kekuatan besi yang kuat, maka sangat sesuai untuk pembinaan, menara pencakar langit, kenderaan dan bermacam-macam
agi yang melibatkan industri berat. Simbol besi adalah F E. Ia mempunyai takat didih pada suhu 2862 darjah selsius. dan boleh melebur pada suhu 1538 darjah selsius.
5 logam paling kuat di bumi
4. Titanium.
Merupakan logam yang berwarna perak dan tersangat kuat. Titanium mempunyai kepadatan rendah tetapi mempunyai kekuatan
luar biasa. Kebiasaannya titanium digunakan untuk penghasilan pesawat, senjata, peralatan perperangan dan sebagainya. Takat lebur titanium pada suhu 1668 darjah selsius dan takat didih pada suhu 3287 darjah selsius.
3. Kromium.
Ketiga paling kuat di dunia. Kromium mempunyai warna biru. Kromium sering digunakan dalam aloi bersama keluli tahan karat. Untuk makluman Aloi bermaksud campuran 2 atau lebih logam yang berlainan. senang cerita logam yang di campur. Kromium banyak
digunakan dalam penyaduran krom, penghasilan pigmen dan pengawet kayu.
Ciri paling terkenal adalah kromium mempunyai ciri magnet. apabila berada pada suhu lebih 38 darjah selsius, ia bersifat para magnetik. inilah keistimewaan kromium. Takat lebur pada suhu 1890 darjah selsius.
2. Keluli.
Nama keluli pun sering kita dengar. rupa-rupanya keluli menduduki tangga ke 2 logam terkuat di dunia. Di sebabkan kekuatannya, tak
hairan ia paling banyak digunakan dalam industi-industri berat. Warna keluli adalah kelabu keputihan. keluli adalah campuran aloi.
penghasilan keluli memerlukan relau letupan oleh besi yang dileburkan dan ditambah unsur karbon.
Penambahan karbon meningkatkan lagi ketahanan keluli. Takat lebur keluli pada suhu 1370 darjah selsius.
1. Tung sten.
Inilah logam terkuat di dunia. Antara penggunaan tung sten adalah filamen tiub sinar X, memanaskan elemen dalam relau bersuhu tinggi.
mensasarkan elektrod kimpalan. pembuatan men tol lampu. barang elektrik, barang -barang ketenteraan dan banyak lagi. Takat lebur tung sten adalah sangat tinggi iaitu 3414 darjah selsius.
kebiasaannya Tung sten akan di campurkan dengan keluli untuk hasil yang lebih padu dan kekuatan yang menakjubkan.
Itulah tadi 5 logam yang paling kuat di dunia. di harap memberikan sedikit info pada korang.