4 tahun PJJ, whatsapp pun isteri dah jarang-jarang balas.. Rupanya…

4 tahun PJJ, whatsapp pun isteri dah jarang-jarang balas.. Rupanya…

4 tahun PJJ, whatsapp pun isteri dah jarang-jarang balas.. Rupanya…Salam.. Hai semua.. Aku Z. Seorang suami dan bapa kepada 3 orang anak. Maaf kalau penulisan aku ni berterabur. Ni first time aku confess. Harap jadi teladan buat korang semua..

Aku dah berkahwin lebih kurang 7 tahun. Pada awalnya perkahwinan aku ni baik2 je. Isteri aku layan aku baik. Layan anak2 pun baik. Pokoknya semuanya baik2 saja. Tapi sejak dua menjak haritu aku mula rasa ada yang tak kena..

Aku ni dah lebih kurang nak dekat 4 tahun pjj dengan isteri dan anak2. Balik time weekend je. Biasa kalau aku balik, isteri suka ajak bersembang. Kadang2 lepak kat balkoni rumah sambil sembang2 tengah2 malam tengok bintang. Aku suka..

Tapi sekarang isteri aku banyak berkepit dengan phone. Bercakap dengan aku pun acuh tak acuh. Katanya penat. Nak menyembang pun dah tak ada masa. Padahal aku tengok dia tak ada buat apa pun. Main phone je.. Pastu asyik tidur.

Bila time makan pun dah tak teman aku. Dia dah tak macam dulu. Kadang kat rumah pun selekeh. Aku pernah tegur penampilan dia, berat badan dia yang dah makin naik, tapi jawapan dia “Pergi la kahwin lain. Cari isteri yang cantik..”

Macam tu je dia jawab. Takde pun dia rasa nak cantikkan diri untuk aku ke apa ke.. Aku memang betul2 rasa dia dah lain..

Dah 4 tahun PJJ, whatsapp bini pun aku jarang balas, tak sangka dia buat aku macam ni

4 tahun PJJ, whatsapp pun isteri dah jarang-jarang balas.. Rupanya...

Isteri aku ni memang dari awal perkahwinan dia dah bagitau dia tak anti-poligami. Tapi aku tak suka bila setiap kali aku tegur dia apa2, dia mesti akan bidas suruh aku kahwin lain.

Dulu jarang dia menjawab cakap aku dengan ayat2 macam tu. Tapi sejak2 ni asyik itu je yang dia cakap. Suruh aku kahwin lain. Lama2 aku rasa aku ni beban pada dia. Aku rasa dia tak sayang pun aku, meluat tengok muka aku sebab tu dia nak sangat aku kahwin lain.

Kalau isteri lain mungkin dah cemburu suami cakap nak kahwin lain. Tapi dia ni tak.. Bukan takat tak cemburu, suruh aku tambah lagi ada lah..

Lelaki lain mungkin rasa seronok isteri bagi greenlight tambah isteri lagi, tapi bukan aku. Aku tak suka. Aku sayang dia. Aku nak dia sorang.

Tapi sikap dia yang konon pro-poligami tu buat dia layan aku acuh tak acuh. Bagi dia dah kalau dia tak sempurna dan tak boleh nak buat aku suka pada dia, pergilah cari lain..

Dah macam escapism dah kan.. Dia jadikan benda tu sebagai alasan bermalas2an untuk layan aku, tak nak terima nasihat aku, nak lepaskan diri dari aku. Korang faham tak?

Tapi apa pun alasan dia, aku tetap sayang dia dan Insyaallah takkan menduakan dia. Cuma sejak dua menjak haritu aku perasan dia dah mula lain.

Dia dah tak manja dan banyak mulut macam dulu. Dia lagi suka tidur..Tak pun menghadap phone. Selekeh. Asyik makan sampai badan naik berkilo2.

Aku diamkan je. Tak nak tegur apa2 sebab aku tahu dia punya jawapan macam mana. Aku pernah tanya pasal perubahan dia, try nak nak ajak bincang, tapi dia kata,

“Tak ada apa pun nak dibincangkan.. Selama ni saya cuba nak ‘bercakap’ dengan awak, tapi satu pun awak tak pernah nak dengar..”

Time ni aku diam je. Malas nak bergaduh. Habis situ je..

Aku akui aku bukan suami yang romantik. Aku jenis pendiam, tak banyak cakap. Isteri aku memang kadang rajin hantar whatsapp, maklumlah pjj. Whatsapp je la medium komunikasi kitorang biasanya. Tapi aku jarang reply sebab kadang2 aku busy.

Ada masa kalau aku ingat, aku reply la. Tapi kebanyakan masa memang aku tak reply. Balik rumah weekend nanti pun memang dia akan cerita balik semua benda yang dia whatsapp kat aku tu. Sama je kan. Tu apa yang aku rasa pada mulanya..

Kitorang ni jarang bergaduh. Kalau bergaduh memang aku tak pernah layan. Dia bebel2 pun aku diam je. Sebab aku rasa kalau aku respon, lagi bertambah buruk.

Memandangkan aku ni tak pernah nak respon kalau gaduh depan2, jadi ada masa kalau dia tak puas hati, dia akan whatsapp aku panjang berjela.. Tapi aku tak nak serabut kepala, aku tak baca langsung semua whatsapp dia panjang2 tu. Tau2 balik weekend nanti akan okey jugak.

Aku tau isteri aku ni jenis kalau marah tak reti marah lama2. Tu sangkaan aku pada mulanya..

Tapi aku silap.. Makin lama isteri aku makin berubah. Tak banyak cakap. Macam2 cara aku cuba pujuk dia, tapi dia buat tak layan. Makin lama aku pulak yang makin serabut..Aku asyik fikir apa salah aku sampai dia jadi macam tu? Tapi betul ke salah aku?

Satu malam tu aku tak dapat tidur sebab teringat kat dia. Aku call, dia tak angkat. Tak tau la sama ada dia dah tidur atau dia sengaja tak nak angkat..

Tiba2 aku teringat dulu dia pernah merungut kata aku selalu tak baca mesej2 whatsapp yang dia hantar. Jadi malam tu aku terdetik nak baca segala whatsapp dia yang panjang berjela (mesej tak puasa hati/gaduh) sebelum2 ni yang pernah dia hantar tapi aku langsung tak baca..

Malam tu buat pertama kali aku baca setiap luahan hati dia yang aku tak pernah nak ambik tau. Rupanya dia selalu nak mengadu kat aku yang dia letih. Letih struggle jadi ‘single mom’ sepanjang weekdays. Dengan kerja lagi, kerja rumah, anak2 semua dia nak kena urus sendirian..

Dia mengharap aku selalu whatsapp ambik berat pasal dia dan anak2, ungkap kata sayang pada dia selalu, sekurang2nya benda tu bagi semangat pada dia untuk terus kuat.

Tapi aku langsung tak tunaikan apa yang dia nak. Boleh kira dengan jari berapa kali aku tanya khabar dia dan anak2..Ungkap sayang?

Setahun sekali pun susah..

Bila dia hantar whatsapp panjang lebar, aku cuma rasa yang dia ni mengada2 saja nak cari gaduh. Padahal mesej2 dia yang panjang lebar tu cuma nak aku faham dia..

Faham kelelahan dia.. Faham keadaan dia yang sangat memerlukan aku untuk terus kuat. Dia cuma dambakan penghargaan dari suami dia, tapi aku bodoh sebab aku tak pernah bagi apa yang dia nak. Padahal benda tu simple je pun..

Ada satu whatsapp dia hantar dia mengadu pada aku mintak izin untuk berhenti kerja. Kat office dia hampir dicabul oleh supervisor dia.. Memang sebelum ni dia pernah cerita pasal supervisor dia yang bermasalah ni..

Tapi bila dia buat aduan pada pihak atasan, officemate lain semua pulaukan dia kata dia buat fitnah. Dia dah hilang rasa seronok kerja kat situ. Asyik kena buli. Kerja semakin bertambah.. Dia penat sebab terpaksa balik lambat selalu.

Terkedu aku baca mesej ni.. Ya Allah.. Kenapa aku bodoh sangat tak baca whatsapp2 dia? Aku tak tahu langsung pasal ni.. Aku tak sangka rupanya dah berbulan2 isteri aku menghadap masalah ni sorang2.. Sepatutnya aku jadi pelindung dia, tapi…

Kalau aku tau dia terseksa, memang dah lama aku suruh dia berhenti kerja..

Lepas baca mesej2 tu aku tak dapat tidur..Aku rasa aku bodoh sangat sebab tak pernah nak faham dia. Aku ingat segalanya okey.

Bila dah lama pjj aku jadi lupa fitrah seorang isteri tu tak sama macam suami. Aku serah bulat2 semua urusan rumah dan anak2 pada dia.. 100%! Aku cuma bagi nafkah.

Ya, nafkah zahir. Tapi batin isteri aku terseksa aku tak pernah nak ambik tahu. Dan lama kelamaan jugak mungkin isteri aku rasa dia seolah dah tak perlukan aku dalam hidup. Ada tak ada aku ni macam tak ada fungsi bagi dia. Dia mula menjauh..

Aku dah mula faham kenapa dia selalu bidas cakap aku dengan menyuruh aku kahwin lain. Bukan dia tak cemburu, tapi sebab dia dah tawar hati..Tengok muka aku ni bukan lagi ‘penawar’ bagi dia. Kalau boleh dia tak nak dah tengok muka aku lagi..

Esoknya aku ambik cuti, pastu aku saja pergi office dia nak jumpa dia nak buat suprise kot boleh lunch sama ke.. Tapi kata staff situ isteri aku dah berhenti kerja 2-3 minggu yang lepas. Tebal muka aku hanya Tuhan yang tahu.

Korang bayangkan isteri sendiri berhenti kerja tapi suami tak tahu. Bodohnya aku! Aku betul2 rasa aku ni suami yang betul2 tak guna.. Time tu jugak aku pecut balik rumah nak jumpa dia.

Waktu tu dia punya terkejut bila tengok aku kat depan pintu. Cepat2 dia bagitau dia terpaksa MC tak dapat nak pergi kerja sebab tak sihat la apa la. Dia ingat aku tak tahu apa yang dah berlaku.

Air mata aku tak boleh nak bendung dah waktu tu. Aku hanya mampu peluk dia dan menangis semahu mahunya.. Sepanjang 7 tahun berkahwin aku tak pernah ucap kata maaf pada dia.. Itulah kali pertama aku mintak maaf pada dia..

Kata maaf dari seorang suami yang tak pernah nak hargai isteri sendiri. Sebelum kahwin aku janji akan susah senang bersama, tapi bila kahwin aku biar dia susah sorang2.. Memang patut pun dia benci aku..

Sejak tu aku janji dengan dia aku takkan biarkan dia hadap semua benda ni sorang2 lagi. Aku tak pernah kisah pun dia berhenti kerja sebab dia kerja pun aku tak pernah paksa.

Aku buat keputusan untuk bawak isteri dan anak2 aku stay dengan aku. Tak perlu pjj lagi. Biar aku sorang je yang kerja. Takpe kalau tak senang macam dulu pun, janji isteri dan anak2 aku bahagia..

Aku bersyukur sebab aku masih belum terlambat untuk betulkan semuanya.. Aku tak dapat bayang kalau aku baru tersedar semua ni saat dia dah tak ada bersama aku..

Duit boleh dicari. Tapi isteri yang baik dan setia takkan pernah ada ganti.. Selagi dia ada disisi, layani.. dengari.. hargai..

Jangan jadi macam aku.. Kedekut emosi.. Berat mulut nak ungkap kata sayang dan cinta.. Bagi aku cukup sayang itu aku simpan dalam hati dan dijelmakan dalam tindakan.. Tapi bagi isteri, ungkapan cinta itu ibarat azimat, penguat semangat..

Maafkan daku, isteri..

Terima kasih atas segalanya..

Moga pengorbananmu didunia Allah ganjari dengan syurga disana..

BACA:

Tegar tak mengaku anak dengan bekas isteri

Kerajaan bakal hapuskan pencen pesara? Ini jawapan PM