3 punca susah nak buat pembiayaan, kaki kad kredit kena baca ni

3 punca susah nak buat pembiayaan, kaki kad kredit kena baca ni

3 punca susah nak buat pembiayaan, kaki kad kredit kena baca ni. “MAAF ya, permohonan anda tidak lulus.”

Ungkapan seperti itu pastinya ‘pedih’ untuk didengari lebih-lebih lagi sekiranya anda berada dalam situasi terdesak yang memerlukan pinjaman kewangan daripada bank.

Namun pernahkan anda ambil tahu mengapa sesuatu permohonan pinjaman itu tidak diluluskan bank?

Bagi mereka yang mungkin tidak sedar, penggunaan kad kredit merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada hal itu.

Menurut Intelligent Consultancy iaitu sebuah syarikat perundingan kewangan, penggunaan kad kredit yang tinggi boleh menjadi punca kenapa permohonan pinjaman bank pelanggan ditolak.

Sebagai pakar pinjaman bank, mereka menggariskan tiga punca kenapa ramai pelanggan mengalami kesukaran serta gagal untuk mendapatkan pinjaman bank hanya kerana penggunaan kad kredit.

Perlu diingat, bank mungkin menolak permohonan untuk mendapatkan pinjaman sekiranya penggunaan kad kredit anda melebihi 70 peratus.

Sebagai penyelesaian, gunakan kad kredit secara berhemah dan kurangkan kadar penggunaan di paras bawah 70 peratus.

3 punca susah nak buat pembiayaan, kaki kad kredit kena baca ni

Paling penting, kita harus sentiasa bijak berbelanja agar tidak terperangkap dengan hutang kad kredit yang mampu menjejaskan kewangan serta kehidupan harian.

Selain itu, permohonan pinjaman bank juga sering ditolak sekiranya ada mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.

Ini kerana pelanggan mungkin mempunyai banyak pinjaman yang mempunyai tempoh pendek atau faedah yang tinggi, yang menjadikan ansuran mereka tinggi.

Malah, penggunaan kad kredit yang tinggi juga merupakan salah satu faktor kerana bank akan mengira lima peratus daripada baki terkumpul anda sebagai komitmen bulanan.

Penyelesaiannya adalah untuk mengurangkan penggunaan kad kredit dan mendapatkan pinjaman dengan faedah rendah atau tempoh yang pendek.

Selain itu, ramai dalam kalangan kita sering mengambil ringan tentang disiplin dan tidak konsisten dalam membayar pinjaman bank sedia ada.

Rekod ini dianggap ‘tidak cantik’ sekali gus boleh menjadi punca kenapa permohonan pinjaman bank anda akan ditolak.

Biasanya pinjaman bank akan ditolak sekiranya berlaku kelewatan pembayaran selama dua bulan berturut-turut dalam tempoh 12 bulan kebelakangan ini.

Permohonan pinjaman bank juga sering ditolak sekiranya ada mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.

Permohonan pinjaman bank juga sering ditolak sekiranya ada mempunyai komitmen kewangan yang tinggi.

Malah, ia juga akan terpapar dalam laporan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Untuk mengelakkan berlakunya situasi itu, anda perlu kekalkan disiplin dalam pembayaran dan memastikan untuk mengekalkan bayaran yang baik selama 12 bulan.

Jika anda masih buntu tentang isu pinjaman bank, Intelligent Consultancy pasti akan membantu.

Dengan kepakaran yang dimiliki, mereka juga berupaya membantu pengguna membuat keputusan kewangan termaklum mengenai produk perbankan dan kewangan.

Paling penting, syarikat itu mahu membantu rakyat Malaysia dalam kedua-dua peringkat peribadi dan perniagaan serta menyediakan perkhidmatan terbaik agar pelanggan dapat mempunyai penyelesaian kewangan yang ideal untuk memenuhi keperluan mereka

BACA:

Update IG Story makan sotong, netizen syak sesuatu dengan Syamsul Yusof

Siapa Puteri Sarah? Kenali biodata dirinya