3 maut terkena renjatan elektrik akibat banjir

3 maut terkena renjatan elektrik akibat banjir

3 maut terkena renjatan elektrik akibat banjir. Tiga beradik perempuan maut, dipercayai akibat terkena renjatan elektrik di luar rumah mereka yang dilanda banjir di Kampung Bendang Surau dekat Morak, di sini, pagi tadi.

Kesemua mangsa berusia di antara 20 hingga 27 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian itu, kira-kira 11.45 pagi.

3 maut terkena renjatan elektrik akibat banjir

Difahamkan, seorang daripada mangsa terkena renjatan elektrik selepas memegang tiang rumah sebelum terkena pula kepada dua adiknya turut berada di hadapan rumah.

Ahli keluarga mangsa, Mohd Amin Mohd Nazir, 25, ketika ditemui mengesahkan kejadian itu.

BACA:

Abg Viva muncul di Terengganu, bantu mangsa banjir

Selepas Jamal, Ummi Nazeera pula tarik diri dari Muafakat Nasional

Jawatan kosong untuk diisi KWSP Januari 2023