3 kali tukar agama, akhirnya Marcell Siahaan temui ketenangan

3 kali tukar agama, akhirnya Marcell Siahaan temui ketenangan. Penyanyi Marcell Siahaan yang cukup popular dengan lagu Firasat baru baru ini bercer1ta tentang perjalanan kerohan1annya sepanjang berusia 43 tahun. Marcell mengaku kepada Daniel Mananta, dia dilah1rkan dan kemudian menganut agama Kr1stian.

Kemudian, kata Marcell selepas berkahwin dengan Dewi Lestari dia menukar agamanya kepada Buddha. Dia sekali lagi menukar agamanya selepas berkahwin dengan pelakon Singapura, Rima Melati yang kini masih menjadi isterinya.

Menurut Marcell dia kini merupakan seorang mualaf selepas memeluk agama Islam yang juga merupakan agama isterinya. “Selepas memeluk agama Islam, saya menjadi lebih tenang.

Saya rasa setiap sesuatu pasti ada titiknya,” akui Marcell dalam temu bual di saluran Youtube milik Daniel, semalam.

Dalam temubual yang sama, Marcell mengatakan dia berbangga menjadi seorang mualaf kerana dapat berkongsi kebaikan dengan orang sekeliling melalui agama Islam.

3 kali tukar agama, akhirnya Marcell Siahaan temui ketenangan

“Saya fikir selepas memeluk Islam ia menjadikan saya sebagai seorang manusia yang lebih baik dan berkongsi kebaikan itu secara tak langsung dengan orang sekitar.

“Jadi ini (peluk Islam) bukan pencapaian peribadi dan kerohanian saya, tetapi juga memberi manfaat kepada semua,” jelas ayah kepada tiga anak ini.

Malah kata Marcell, mengenal Allah yang satu membuat dirinya belajar tentang menjalani kehidupan yang lebih ikhlas. “Dia (Allah) sangat saya sayang dan amat berharga. Melalui Islam saya belajar berserah dan ikhlas dalam seluruh kehidupan,” tutupnya.

Instagram: @marcellsiahaans

Sumber: GEMPAK via majalah-harian.com

BACA:

Setelah disahkan bercerai, ini komen Ellie Suriaty terhadap Azri

Profesor ini dedah keris Taming Sari benar-benar wujud, kini berada di tangan…

Kes terjun sungai Kelantan, isteri dedah apa yang berlaku pada suami

COMMENTS

Wordpress (0)