TIGA helai rambut anggota kumpulan IVE iaitu Won Young dilelong di Taiwan dengan harga yang sangat tinggi.
Memetik laporan Yahoo Taiwan, seorang peminat Won Young yang berasal dari China bertindak melelong rambut tersebut secara terbuka di paltform e-dagang.
Katanya, tiga helai rambut dipercayai milik penyanyi berkenaan dilelong dengan harga bermula RM 6,722 (AS$1,407).
Bakal lakukan ujian DNA untuk sahkan pemiliknya.
Menurut butiran yang dikongsikan oleh penjual, mereka mengumpulkan helaian rambut tersebut semasa IVE mengadakan konsert di tempatnya.
Mereka juga akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) untuk mengesahkan rambut berkenaan milik penyanyi tersebut.
Tidak sampai beberapa jam lelongan tersebut dibuat seramai 15 orang pembida bersedia untuk membida dengan harga tertinggi.
Malah seorang pembida berjaya mendapatkan tiga helai rambut tersebut dengan harga RM 70,000 (AS$14,494).
Baca juga: Anak murid minta bacakan al-quran sebelum meninggal dunia, cikgu kongsi kisah pilu