3 ADUN Amanah lompat PKR tidak serius, tapi..

3 ADUN Amanah lompat PKR tidak serius, tapi..

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu bertindak keluar parti dan menyertai PKR sebagai ‘tidak serius’.

Ini kerana katanya, tindakan itu masih tidak mengkhianati mandat yang diberikan rakyat.

Bagaimanapun tindakan itu disifatkan sebagai mengkhianati tanggungjawab yang diberikan mereka untuk mewakili kepentingan dan perjuangan parti.