200 guru besar dalam dilema, naik gred tapi kena ‘turun pangkat’

200 guru besar dalam dilema, naik gred tapi kena 'turun pangkat'

200 guru besar dalam dilema, naik gred tapi kena ‘turun pangkat’. Kira-kira 200 orang guru besar di Semenanjung Malaysia yang akan naik gred ke DG52 dalam tempoh dua tahun ini buntu memikirkan nasib mereka yang dikatakan akan ‘turun pangkat’ dengan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah.

Difahamkan, tidak lama lagi bermula kohort guru besar yang bakal dinaikkan ke gred DG52, dan kebanyakan mereka muda serta tempoh masa perkhidmatan masih panjang sebelum bersara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Kesatuan Guru Kebangsaan Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia, Mustafa Kamal Husin berkata, arahan menjadi guru biasa dan kembali mengajar hanya kerana dinaikkan gred ke DG52 cukup mengelirukan.

“Ia berlaku percanggahan antara perjawatan pengetua (sekolah menengah) yang bermula dengan gred DG52 yang layak sebagai ketua jabatan, sedangkan guru besar yang dinaikkan gred DG52 dianggap tidak layak untuk mentadbir.

“Hal ini seolah-olah menggambarkan gred DG52 berkenaan berada di posisi atau maksud yang berbeza dan guru besar bakal ‘turun’ ke jawatan guru akademik biasa (GAB) apabila berada di gred DG52,” katanya di sini semalam.

200 guru besar dalam dilema, naik gred tapi kena 'turun pangkat'

Mustafa Kamal berkata, pihaknya sudah menyuarakan isu berkenaan kepada Kementerian Pendidikan, namun sehingga kini tiada jalan penyelesaian dimuktamadkan.

“Kesatuan mahu guru besar yang terbabit dengan isu ini kekal pada jawatan masing-masng biarpun dinaikkan kepada gred lebih tinggi.

“Ini boleh menjejaskan imej guru besar daripada sudut pandangan masyarakat kerana ini berlaku perubahan daripada seorang guru besar atau ketua jabatan kepada taraf GAB,” katanya.

Beliau menjelaskan, mengikut perkiraan, guru muda yang mula berkhidmat pada usia 25 tahun dengan gred permulaan DG41 akan mencapai ke gred DG54 pada usia 50.

“Tidak mustahil kerana formula ‘time-base’ iaitu lapan tahun pertama berada di gred DG44, kemudian lapan tahun kedua perkhidmatan akan ke gred D48, enam tahun berikut akan ke DG52 dan tiga tahun kemudian berada di gred DG54,” katanya.

Mustafa berkata, Kementerian Pendidikan akan mengalami kerugian apabila seorang guru besar yang mempunyai kemahiran memimpin dan mentadbir kemudian diberi tugas asas seperti guru yang baru tamat latihan perguruan.

“Hal ini dianggap sebagai sekatan kepada laluan kerjaya guru dan sewajarnya majikan (Kementerian Pendidikan) merangka laluan kerjaya yang menjaga kebajikan pekerja.

“Selain itu, akan ada GAB di sekolah rendah mencapai gred DG52 dan DG54 berada di atas gred guru besar di gred DG48,” katanya.

Katanya, dalam perkembangan sama, isu sama bakal dihadapi pegawai perkhidmatan pendidikan yang berkhidmat di Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

“Ada maklumat pegawai di JPN dan PPD ditukarkan dan diarahkan kembali mengajar di sekolah selepas dinaikkan gred DG54. Begitu juga ada pegawai yang berjawatan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah apabila dinaikkan gred DG54, ditukarkan ke sekolah dan kembali mengajar,” katanya.

BACA:

Ibu Puteri Balqis pula buka mulut apa yang sebenarnya berlaku

Najib terus mencuba untuk tangguhkan hukuman penjara, ini pula dibuatnya

Disangka hamil, akhirnya Risteena dedah hal sebenar