2 tahun bertahan dari diserang penyakit ini, akhirnya Mimi Lana tewas juga..

2 tahun bertahan dari diserang penyakit ini, akhirnya Mimi Lana tewas juga..

Dua tahun bertahan daripada dijangkiti wabak Covid-19 dan sepanjang tempoh itu, pelakon Mimi Lana kerap kali menjadi kontak rapat untuk kes positif.

Malangnya baru-baru ini, nasib tidak menyebelahi pelakon itu apabila disahkan positif Covid-19 sejak enam hari lalu.

2 tahun bertahan dari diserang penyakit ini, akhirnya Mimi Lana tewas juga..

Kongsi Mimi atau nama sebenarnya Mimi Roziana Zainal Abidin, 27, selepas dijangkiti, barulah dia sedar betapa sakit dan sukar untuk mengawal virus Covid-19.

Sejak disahkan positif, Mimi mengalami banyak simptom yang teruk antaranya mengalami sakit satu badan, sejuk menggigil dan kahak berdarah.

“Satu badan sakit macam tulang semua dipatah-patahkan sampaikan tak tahu nak duduk posisi macam mana. Berpeluh-peluh sampai sesak nafas yang sangat teruk.

“Bahagian paling teruk, bacaan oksigen saya turun ke 85 tiga hari lalu. Saya panik sangat,” tulisnya dalam Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MIMS (@missmimilana)

Disebabkan itu, pelakon drama Villa Kristal itu cuba menghubungi hospital tetapi kebanyakannya sudah penuh disebabkan peningkatan kes.

“Sekarang baru saya faham betapa sakit dan susahnya nak kawal penyakit ini. Saya dah banyak kali kontak rapat, tapi tak pernah positif. Cuma kali ini nasib tak menyebelahi saya.

“Alhamdulilah, saya rasa sudah baik sedikit hari ini. Cuma masih ada batuk, sakit tekak dan selesema. Harap saya akan sembuh sepenuhnya dalam masa beberapa hari lagi,” ujarnya lagi.

Memandangkan kes harian menunjukkan peningkatan membimbangkan, Mimi pada masa sama sempat menitipkan pesanan kepada orang di luar sana agar kekal menjaga kesihatan.

“Kalau ada simptom, tolong terus kuarantin. Kalau kontak rapat, asingkan diri untuk beberapa hari. Ya, vaksin membantu tapi pada akhirnya, semuanya tentang sistem imuniti badan kita. Badan kita kan lain lain?

“Jaga SOP, kebersihan dan pakai mask paling penting1 Janganlah bila dah gembira sangat sampai lupa yang kita ini masih belum menang. Jadilah bertanggungjawab, okey?” pesannya.

Terdahulu, ramai selebriti tanah air disahkan positif Covid-19 antaranya Nadya Syahera, Afdlin Shauki, Afieq Syazwan dan Sherry Al-Hadad.

Berita Lain:

Amerika namakan pesawat ini “Hari Kiamat”, ini sebabnya

Kisah wanita sanding tanpa pengantin lelaki ini jadi tular, dah la belum akad nikah

Akak ni nyanyi lagu ‘madah berhelah’ sambil gendong anak, kalah Ziana Zain!

COMMENTS

Wordpress (0)