2 hari dah kereta busuk tak tahu punca apa, sekali bila cek tengok ular sawa dalam skirting kereta

DISANGKA tikus, rupanya ular!

Begitulah kisahnya tentang seorang pemuda yang menemukan bangkai seekor ular sawa di dalam body kit keretanya.

Berkongsi di Facebook, Azzuri Syariemy berkata dia telah menghidu bau busuk di dalam keretanya sejak dua sebelum itu.

Misteri bau busuk terbongkar selepas kereta itu dibawa ke sebuah bengkel.

Selain membuat cucian sendiri, Azzuri turut membawa keretanya ke pusat servis (SC), namun mereka gagal mencari punca bau kurang menyenangkan itu.

“Peristiwa pagi ni. Setelah dua hari mencari punca bau yang kurang menyenangkan. Setelah basuh luar dan dalam, bahagian enjin cuci.

“Bawa ke SC untuk periksa dan cari mana datang bau, tapi SC tak jumpa punca. Akhirnya pagi ni bawa ke kedai aksesori kereta untuk selongkar puncanya.

Bangkai ular memang busuk gila-gila bang, nak hilang bau dekat sebulan juga.

“Agak terkejut juga. Ingatkan bangkai tikus. Rupa-rupanya ada bangkai ular sawa dalam skirting hitam tepi side step. Skirting tu memang original, tak pernah buka. Ada lubang dari tepi membolehkan ular itu masuk,” ujarnya.

Azuri turut berkongsi beberapa foto menunjukkan pekerja bengkel sedang membuka body kit keretanya sebelum menemukan bangkai haiwan berkenaan.

Azzuri berkongsi kisahnya itu menerusi laman Facebook Aruz Club Malaysia sehingga dia menerima lebih 500,000 komen daripada netizen.

Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap pemuda itu selepas dua hari dia terpaksa menghidu bau bangkai di dalam keretanya.

Bangkai ular yang menjadi punca bau busuk.

“Situasi sama tempat yang sama macam aku. Nak hilang bau bangkai dekat sebulan juga. Seksa tak boleh pasang aircond.

“Saya punya kereta pun dah kena tiga bulan lepas. Bau bangkai kuat sangat.

“Bangkai ular memang busuk gila-gila bang,” tulis beberapa netizen.

Dalam pada itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman mereka menjumpai bangkai kucing dan tikus di dalam kereta masing-masing.

Baca: ‘Puas hati kutip!’, bengang kereta penuh lipas, lelaki ini kongsi cara ‘confirm’ jadi tangkap lipas