Assalamualaikum. I’ve been meaning to share this story with a permission from my friend.
Moga kita dapat ambil iktibar. Rasanya ada hikmah bila PKP ni jadi kan.
Beberapa hari lepas, kawan saya ada hantar text kepada saya. Agak lama jugak kami tak berhubung.
Tiba-tiba dia text santai2 tanya khabar dan kita berbual macam biasa hal anak2, kebimbangan kita pasal C0vid -19 hingga topik kiam4t pun kita sentuh
Tiba-tiba text (whatsapp chat) dia berbunyi ” i think i’ve lost my own battle babe” dan hantar icon nangis banyak-banyak buat hati saya risau.
The story goes like this ,Since PKP 18/3, suami nya bekerja dari rumah. Takde apa yang pelik hingga kan satu hari ketika suaminya mandi, ada phone call bertalu-talu masuk.
Dia yang masa tu risau, takut kalau-kalau ada emergency kat ofis ke apa, tengok lah hp suaminya dan nampak nama rakan ofis. Dia jawab call itu tapi tanpa sempat ckp apa-apa ada suara yang terlebih dulu cakap.
“Bee, kenapa awak tak jawab whatsapp saya? Saya tak tahu pasal keje ni.. bee, bee, are u there.. XXXX dengar tak ni awak.. tolong la saya awak.. camne ni”.
Suara perempuan yang cakap. Dan XXX itu nama penuh suami dia. Nak kata orang salah no, takkan siap sebut nama penuh kan. Kawan saya tekan end call, tangan nya menggigil. Is this for real? Takpe Allah ada dia fikir..
Allah ada. History call dia delete. Dia tenang dan pura pura seolah takde apa berlaku. Lepas tu, suaminya keluar dari bilik tidur mereka dan ke bilik keje sambil hp di telinga. Dia sempat dengar suara suami nya cakap,
“saya mandi tadi awak… sorry yer. Kejap saya tengok kan.. sabar yer.. jangan la macam ni pleaseee”, lembut soft spoken nada suaminya unlike kalau bercakap dengan dia, nada mendatar aje.
End of day. Next day, rutin yang sama macam hari sebelum ni, si suami masih sibuk WFH dari bilik keje sementara kawan saya WFH di meja makan. Anak-anak duduk depan tv.
Life macam biasa.. dan dia, masih lagi memerhati dan menyantuni suami sama seperti rutin biasa dan berdoa apa yang dia fikir di dalam kepalanya bukan benda yang buruk.
5 hari dah PKP, suami nya masih sibuk WFH termasuk sabtu ahad. “Takpelah cari rezeki kan..”, kata kawan saya. Hari ke 5 tu Ahad, suaminya sempat keluar beli barang-barang dapur.. dan disitu la segalanya terbongkar melalui whatsapp web yang lupa ditutup oleh suaminya.
Allah nak tunjuk mungkin, kata kawan saya. Takde niat nak ceroboh pun tapi kalau dah chat itu terbuka luas, saat dia nak guna komputer untuk surfing. Dia nampak la perbualan tu.
The whole conversation tu jadi bukti yang suami nya ni ada girlfriend di tempat keje. Yang bijaknya suami ni, nama perempuan tu dia save nama penuh siap designation apa dalam phone book.
Panjang chat mereka dari tahun lepas lagi. Dari formal menjadi perbualan informal. Conversation dari i dan u bertukar jadi saya dan awak..dan akhirnya yang terbaru “baby dan bee”. 5 bulan diambil untuk mereka berdua ni jadi rapat kalau ikut dari history whatsapp itu lah.
Dari cakap, “thank you sebab tolong i” kepada “nak join minum tak, lapar ni penat buat keje” kepada “jom saya tunggu hantar awak ke kete dah malam ni kan” kepada “nanti tunggu tempat biasa ye, bagi semua orang balik dulu” kepada “thanks baby teman bee makan tadi masa balik keje.. miss you”
Suami dia ni siap update gf dia tu kalau ada hari-hari yang dia cuti atau masuk keje lambat. Yang buat kawan saya tersangat luluh hatinya ialah si suami + gf siap keluar bersama lunch pada hari yang sama kawan saya ada di hospital untuk jaga anak mereka dan sewaktu proses discharge anak dia.
Si suami kata tak boleh datang sebab ada meeting. Suami kata kad kredit kan ada, guna la dulu nanti claim kemudian dgn suami. Macam mana dia tau? Dari whatsapp itulah segala details perbualan mereka berdua.
“I ‘m speechless babe”, kata saya. Kawan saya reply “this is the hardest battle in my life, living together with a man yang aku fikir jujur.. yang baring di sebelah aku tiap-tiap malam-malam tu..
Rupanya tengah dok ralit berwhatsapp dengan perempuan lain. Aku tak tahu la bila dia baring sebelah aku tu fizikal je wujud… atau kepala dia melayang ke perempuan tu”
Sekarang kau nak buat apa, saya tanya. Dia jawab.. “I just finished packing my stuff dan anak-anak. Aku fikir, aku nak keluar dari rumah ni. Aku nak bina hidup baru sendiri babe.
Aku tak rasa aku ni diperlukan dan penting kat dia lagi. He has everything, he has money… great job. He can simply pick up any girl untuk dia nikah.
Aku boleh redha.. aku akan redha walaupun aku selalu ada waktu dia susah.. waktu dia down, waktu dia ada masalah… waktu dia kosong.. waktu dia baru nak naik.. i’ve seen his worst. Tapi sekarang, Allahuakbar… dia biarkan nafsu kuasi diri dia. He choose to have a gf.
Kau tak nampak bertapa ceria dan bercahaya nya muka dia tiap-tiap hari depan komputer… i thought he was enjoying his work so much, rupanya… he was chatting with his gf while doing his task. I was fool… he was fooling me. Di whatsapp panggil perempuan tu baby.. di rumah panggil aku sayang”
Lama saya tak respond.. lama saya fikir. Saya jawab “istikharah babe. Allah ada..Allah tak pernah tidur, dia Maha Mendengar” Kawan saya reply..
“12 years of marriage babe.. 5 years as girlfriend-boyfriend.. 17 years together.. Hari ni aku rasa i’ve lost my battle to someone who is young,easy going,pretty and energetic girl.
Someone yang buat dia rasa fun dan happy yang selama ni aku rasa, aku lah orangnya. Dan aku, hanyalah seorg isteri yang takde nilai apa-apa agaknya selama ni” Dan… kemudiannya kami menangis sama-sama.
“Aku nangis Babe..aku serius nangis”, saya jawab, “Aku pun…akhirnya. aku simpan berhari-hari cerita ni. Akhirnya aku mampu nangis. Sejak aku baca whatsapp dorang, aku emotionless.. aku tak tahu nak respond apa.
Dunia aku gelap, yang buat aku sedar hidup belum berakhir ialah anak-anak aku” , jawab kawan saya. Saya jawab, “Jangan risau.. aku ada. Allah ada. We fight together”.
“Aku tahu….aku mesti. NO, aku wajib kuat demi anak-anak. I’m not gonna battle with that lady for him. Let them be together, i will not disturb them. I’ll start my new fresh journey with my kids”
Perbualan kami terhenti sendiri, kerana saya sungguh-sungguh tak sangka. Ujian Allah itu Maha Besar. Dan pagi tadi saya dapat whatsapp berbunyi,
“Babe, i’m out…semua bukti aku dah simpan. Anak-anak ada dengan aku. Doakan aku kuat, i’m leaving him babe. I’m leaving him… for the sake of my pride and happiness of my kids. Jangan risau, aku ada dalam KL aje. I will protect my kids and I hope Allah swt will protect me”
Doakan kawan saya yer, sekarang ni RMO.. mana lah dia nak pegi dengan anak-anak. Buat semua lelaki yang bergelar suami, saya merayu jaga lah “ikhtilat” ditempat kerja. Google apa maksud ikhtilat tu, anda akan faham.
Jangan kerana rasa seronok, anda terlupa pada insan halal yang Allah telah jodohkan untuk anda. Insan yang hari-hari mendoakan anda setiap kali anda ke tempat kerja. Dia adalah “isteri” anda.
Buat sahabatku Ara… insya Allah, Allah ada.. aku ada. Kau kuat… Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua.
Kisah kedua lebih mendebarkan.
Rupanya dah 10 tahun ak bermadu dan ditipu, dalam masa yg sama ak berkawan dgn seorang lelaki duda bukan islam, dia sgt sayangkan ak tapi ak masih juga takut
Dalam masa yang sama saya ada berkawan dengan sorang lelaki duda bukan islam yang sangat2 sayangkan saya tapi saya takut sbb. Salam, saya baru je bercer4i beberapa hari yang lalu pencer4ian kali ke 2. yang pertama dulu suami yang cer4ikan pastu esok nye dia meroyan ajak rujuk tapi kali nie saya yang minta cer4i walaupun berat dia terpaksa cer4ikan.
saya mengaku saya terlalu sayang kat dia sebab kami dah kawin lebih 10 tahun dan ada 2 orang anak yang masih kecik lagi jugak. selepas pencer4ian pertama kali dulu selang beberapa hari dia mengaku bahawa saya ada madu. saya isteri kedua. madu saya ada 2 anak yang dah berkahwin dan ada 3 orang cucu.
walaupun pedih saya telankan juga sebab suami mengaku bujang masa kawin tetapi setiap hari saya sedih mengenangkan nasib kawin dgn laki orang. saya tak suka ambik laki orang. selepas saya bercer4i kali ke 2 sehari lepas tu madu saya bagitau saya sebenarnye saya isteri ke 3 ada lagi sorang isteri kedua dia dan ada sorang anak yang kecik.
Dia kahwin dengan isteri pertama 25 tahun yang sudah. Isteri kedua 15 tahun yang sudah dan saya 10 tahun yang sudah. Pandai dia simpan rahsia selama sepuluh tahun. Patutlah nafkah zero. Saya kerja dan tanggung anak- anak. Rumah memang dia bayar. Benda- benda lain semua saya settlekan.
Dia masih merayu saya balik kepada dia tapi dalam masa yg sama saya ada berkawan dengan seorang lelaki duda bukan islam yang sangat- sangat syg kan sy tapi saya takut sebab mungkin dia susah masuk islam untuk saya.
Saya sayangkan rumah tangga saya tapi saya terpaksa robohkan kerana tiada kebahagiaan dalam perkahwinan bila mana kita nie ada madu- madu dan asyik terpikir sekarang dia kat mana dia kat rumah bini mana.
Masa saya dapat tahu saya ada madu sorang lagi saya pergi cari jumpa rumah dia dan saya jumpa motor suami saya kat depan rumah dia tu.. hancur hati saya min. suami saya bukan handsome pun biasa2 je tapi saya cantik kalau pergi mana2 pun mesti lelaki jeling. saya berumur dalam 40an.
Dua2 isteri dia tak la cantik saya berdarrah kacukan so ok la alhamdullilah suami bangga sebab saya cantik dan sebab itu juga la dia tak nak lepas saya. Saya pandai masak,boleh buat kueh2. boleh baking. lain kata boleh jadi isteri yang baik la untuk urus rumahtangga .. saya berkerja sekarang nie hari2 saya menangis .
saya plan dan keluar dari rumah tu dalam semingu dua lagi. lagi lama saya tinggal kat rumah tu lagi sedih saya dibuatnye. sekarang hari2 saya menagis. makan pun susah nak telan mcm sangkut kat tekak je.. saya buntu.. lelaki yang suka kat saya tu sanggup support saya dari segi kewangan dan bagi saya kata2 semangat ..
Tapi entah la min saya mcm tak happy je dgn apa yang saya buat nie.. Saya tak strong enough to move on.. saya buntu.saya kesian kat anak2 saya 2 orang both bawah 10 tahun. bila saya tanya kenapa tipu saya dia kata kalau tak tipu tak dapat la kwin dgn saya.. sorokkan sebab tak nak saya terluka.. pentingkan diri sendiri kan dia nie.. sekarang saya yang hancur in to million pieces.please bagi saya kata2 semangat… sumber ekisah
Ini pula kisah kedua yang lebih mendebarkan. Tajuk “Dia madu ku.. Kuatkan aku”. Thanks admin sbb approve penulisan aku ni. Thanks jugak yg sudi bagi pendapat & support aku. Aku nak kan semangat je. Salam & hi korang. Aku istri pertama, ye suami aku ada dua bini. Bini ke dua mmg lagi cantik & muda dr aku. Hati aku? Tak dpt aku gambar kan
Aku ada 5org anak, semua comel comel & memang semua bijak pandai. Suami aku baru nikah dgn madu aku tu setahun lps. Ye aku tahu. Aku sndiri terima dgn hati terbuka. Dari dia org buat m4ksiat blkg aku, aku bagi je izin dorg kawen. Aku taktau sakit nya macam ni, sungguh aku taktau. Sakit sangat. Walau pun aku tahu aku sndiri yg bagi. Tp…..
Ye madu aku tgh pregnant skrg ni, dia muda & org ipt macam korg. Aku? Dulu bljr mdrsh je. Aku tahu aku tak brp pndai nak bandingkan dia. Aku lahirkan anak anak aku secara cz3r, yg last ni aku dah ikat. Sbb doc kata bahaya utk rahim aku. Yg bongsu ni umur 2 tahun. Comel sangattt ? hihi aku syg anak anak aku.
Tp sejak kebelakangan ni suami aku pelik, dia tak berapa hiraukan aku. Mungkin penat sbb madu aku tgh pregnant. Tp aku perlukan perhatian jugak. Asyik pergi umah sana je. Anak anak aku tanya, ummi! Abiy mana? apa aku nak jwb? Aku kata, abiy keje ngan mommy kat luar. Anak anak aku mmg kenal madu aku ni.
Aku sedih, bila mana madu aku upload gmbr sweet sweet dgn husband aku. seronok aku tgk, tp airmata aku jatuh. Aku sedih. Aku rindukan suami aku yg dulu. Yg selalu ada dgn aku. Mana dia pergi? Kalau sape sape jumpa, bgtau dia. Aku rindu ni. Hmm
Dulu aku ingat lagi, aku kawen ngan dia, motor je ada. Dr kena brhenti keje sampai dah ada keje sampai dlu takde business skrg dah ada business sndiri. Aku senyum je ingat balik kenangan kita semua. Abiy ingat tak agak agak nya ye? Ye, madu aku sama. Pakai niqab. Budak uia. Aku tahu dia baik, tp hati aku ni knp tak baik baik. Hmm aku cuba redho. Allah kuatkan aku
Aku ingat lagi, dulu abg kata abg takkan dua kan saya. Abg akan sygkan sy sampai bila bila. Tp lps saya ikat & tak dpt mengandung abg tak nak saya dah ke? Abg tahukan, saya perlukan suami disisi saya, saya tahu abg mungkin dah lupakan saya. Abg pun jarang balik & jenguk anak anak. Hmm
Harini anniversary kita, abg tak wish pun. Syg tgk kat fb abg, abg upload pergi makan dgn dia. Happy nya abg. Hmm takpe lah. Mungkin abg terlupa, mana tahu kejap lagi abg balik surprise kan syg kan? hihi tak sbr nya.
Abg.. Ingat lg tak dlu? kita naik motor sama sama sampai anak 2 org, berpanas berhujan. Kita redah je. Abg ingat tak yg dlu kita pergi zoo bwk anak anak, kita amek gambar sama sama. Abg ingat tak? Yg kita gelak kan iman sbb dia kena kejar monkey tu. Lawak kan abg? Mana abg dlu? Syg rindukan abg yg dlu. Kalau ada sesiapa jumpa suami sy, suruh lah dia balik. Sy rindu ni.
Ingat tak dlu, tiap kali abg demam, abg mintak nak bubur syg masak. Sedap kata abg. Kalau abg tak sihat, abg balik lah. Syg masakkan lg utk abg. Abg makan bnyk bnyk tau. Biar gemok hihi
Abg.. syg rindu ni.. raya pun abg raya dgn dia.. syg tak marah, syg cuma rindu… Syg tahu, abg slalu mrh kat syg sbb syg suka bebel.. syg slalu merajuk.. syg suka nangis.. syg janji tak buat dah..
abg balik lah.. syg kesian tgk anak anak.. syg sedih tgk anak anak tnye abg.. baju raya abg pun tak sempat abg pakai lagi.. masih tergantung dlm almari tu.. hmm kalau abg dah tak marah, abg balik tau.. Kalau intan ada baca ni, suruh lah abg balik intan… kakak rindu.. anak anak rindu… Kakak tak marah intan & abg..
Kalau ada yg jumpa suami aku, suruh dia balik.. kami tggu.. Istri mu yg merindui– Insan pilu. Sumber iiumc. Apa Kata Anda. M0h0n maaf jika ada tersilap dan salah.. Terima Kasih!.Sayg korg semua!