14 letupan menakutkan di Tak Bai, ini punca sebenarnya

14 letupan menakutkan di Tak Bai, ini punca sebenarnya. “Saya dengar kira-kira 14 siri letupan bom berhampiran lokasi kejadian. Kejadian ini sungguh menakutkan penduduk setempat,” kata seorang penduduk pekan Tak Bai, Narathiwat, Thailand.

Seperti yang dilaporkan Utusan, dia yang mahu dikenali sebagai Che Will, 55, percaya insiden letupan bom dan kejadian berbalas tembakan yang berlaku di pekan Tak Bai melibatkan antara puak pemisah dengan anggota pasukan keselamatan di negara berkenaan.

Katanya, kejadian pukul 9 malam semalam waktu Thailand itu menyebabkan empat anggota pasukan keselamatan Thailand mengalami kecederaan manakala seorang lagi parah.

Che Will mendakwa, insiden dipercayai berpunca daripada tindakan anggota kumpulan pemisah menyerang pos kawalan milik Pasukan Polis Marin Thailand.

Dakwanya, serangan itu menyebabkan anggota pasukan keselamatan tidak dapat berbuat apa-apa kecuali melepaskan tembakan amaran ke udara bagi.

14 letupan menakutkan di Tak Bai, ini punca sebenarnya

“Anggota pasukan keselamatan tidak dapat melepaskan tembakan kerana bimbang tindakan itu boleh meragut nyawa orang awam yang sedang bersantai dan menikmati makan malam di kawasan dataran terletak tidak jauh dari lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi.

BACA:

Penguatkuasa terkejut temui bangkai tikus besar di kilang kopi terkenal

Macam goreng pisang panas, tiket konsert Ziana & Anuar Zain sold out

“Memang kami sedang merancang untuk mendapatkan cahaya mata kedua” – Fazura

COMMENTS

Wordpress (0)