1,000 orang kampung ini kini bergelar Youtuber

1,000 orang kampung ini kini bergelar Youtuber

1,000 orang kampung ini kini bergelar Youtuber. Sebuah perkampungan di bandar Rajpur, India menjadi popular kerana memiliki 40 saluran YouTube selain kira-kira 1,000 daripada 3,000 penduduknya terlibat dalam penghasilan kandungan online (YouTuber), lapor akhbar Metro UK kelmarin.

Kampung Tulsi, dalam negeri Chhattisgarh dikenali ramai kerana penduduknya banyak menghasilkan kandungan online sehinggakan ia digelar ‘kampung YouTube’.

Berdasarkan satu rakaman pada Selasa lalu, penduduk dilihat merakam aktiviti warga lain yang sedang mengendalikan traktor serta kanak-kanak berlumba lari di jalan-jalan kampung.

Sebilangan daripada mereka bahkan menggunakan dron untuk mendapatkan rakaman yang lebih baik, manakala ada antara mereka yang membantu dari sudut teknikal.

“Seperti yang anda boleh lihat di mana-mana lokasi di kampung kami, penduduk dari segenap lapisan umur adalah artis dan menghasilkan video untuk YouTube.

1,000 orang kampung ini kini bergelar Youtuber

“Disebabkan itu, semua orang memanggil kampung kami sebagai ‘kampung YouTube’, kata seorang penduduk tempatan, Chetan Nayak.

Sementara itu, seorang penghasil kandungan YouTube, Aditya Vaghil berkata, kebanyakan penduduk kampung Tulsi memiliki saluran YouTube mereka sendiri.

“Kami menghasilkan video komedi, program-program berdasarkan lagu dan video-video perlumbaan. Hampir semua jenis artis ada di kampung ini,” ujarnya.

Sesetengah penduduk dilaporkan melakukan aktiviti itu secara sepenuh masa, manakala sebilangan yang lain mendakwa mampu memperoleh pendapatan dua atau tiga kali ganda lebih tinggi daripada pekerjaan sebelumnya.

Penghasil kandungan termuda adalah remaja berusia 15 tahun, manakala seorang nenek berusia 85 tahun menjadi warga paling tua yang turut terlibat dalam aktiviti itu.

BACA:

Raja Charles III terlepas dari bayar cukai kerana peraturan ini yang sengaja direka

Rakan bawa pistol buatan ke sekolah, pelajar ini maut pistol tiba-tiba meletup

Kanak-kanak lelaki berpaut ditingkap tingkat 4 kondominium, jerit minta tolong kerana didera