Adalah agak aneh untuk memikirkan bahawa terdapat penjara rahsia dalam dunia moden yang kita hidup ketika ini.Lagipun, dengan wujudnya media sosial dan telefon pintar, tentunya tiada apa yang boleh dirahsiakan lagi?
Walaubagaimanapun, ini tidak benar. Sebenarnya, terdapat banyak penjara rahsia dan kejam di seluruh dunia. Ia ditubuhkan oleh pelbagai kerajaan dan agensi perisikan. Tujuannya ialah untuk menahan rakyat dan tahanan politik yang tidak sependapat dengan kerajaan yang memerintah.
1. Salt Pit – Afghanistan.
Ini adalah tapak rahsia C I A di Afghanistan yang ditubuhkan oleh agensi ini selepas serangan nine eleven. Seperti semua penjara dalam senarai ini. Ia tidak wujud secara rasmi dan disebabkan itu tidak ada pihak yang bertanggungjawab terhadap kewujudannya.
Penjara rahsia ini digunakan oleh C I A untuk menahan mereka yang disyaki terlibat dengan keganasan untuk disoalsiasat. Keadaan di sini adalah tersangat kejam dengan sel-sel penjara yang sangat sempit yang tidak mempunyai tingkap atau kemudahan asas.Banduan yang ditahan di sini biasanya akan dipukul dengan kerap dan diseksa dengan cara kejam seperti seksaan menggunakan air.
10 penjara politik yang rahsia dan kejam di dunia
2. Cat’s Eye – Thailand.
Walaupun kewujudannya secara rasmi ditolak oleh C I A dan kerajaan Thailand. Namun ramai yang beranggapan bahawa lokasinya terletak berhampiran dengan Bangkok dan masih beroperasi sehingga kini.
Ia mula ditubuhkan pada tahun 2002 untuk menempatkan hanya seorang tahanan, iaitu Abu Zubaydah. Abu Zubaydah kemudiannya disertai oleh beberapa orang lagi. Kesemuanya telah digunakan untuk membangunkan beberapa taktik soal siasat C I A yang lebih terkenal seperti penyeksaan “waterbording”.
“Wayling” adalah satu lagi teknik kegemaran yang digunakan di sini. Ia dilakukan dengan tahanan dihempaskan ke dinding. membabitkan tahanan yang membanting ke dinding.
3. Kem Lemonnier – Djibouti.
Djibouti adalah sebuah negara kecil tetapi mempunyai kepentingan strategik utama. Ia berdekatan dengan kedua-dua Somalia dan Yaman yang mengalami banyak kekacauan awam sejak kebelakangan ini. yang merupakan syurga bagi lanun dan pengganas.
Ini membuatkan Kerajaan Amerika Syarikat menubuhkan kem rahsia ini. Dengan itu mereka boleh melancarkan serangan terhadap sasaran di bahagian dunia ini dengan selamat.Ramai juga percaya bahawa penjara rahsia ini berada di tempat yang sama di mana saspek dari negara jiran ditahan selepas diculik.
Apabila tiba di sini. Tahanan akan dibelasah. tidak diberikan tidur dan pelbagai penyeksaan psikologi atau fizikal yang lain.
4. Penjara Gey Rahsia – Chechnya.
Pada satu ketika. negara yang keras ini adalah sebahagian daripada kerajaan Soviet. Dan walaupun selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. ia melancarkan perang panjang untuk menjadi negara bebas terhadap Rusia.
Untuk mengakhiri konflik panjang ini. Rusia membenarkannya untuk bebas dan juga bersetuju untuk membiarkan Chechnya memerintah sendiri tanpa sebarang gangguan. Ini telah melihatkan penjara rahsia untuk golongan homoseksual yang ditubuhkan walaupun ianya secara rasmi tidak wujud.
Chechnya tidak mesra terhadap golongan homoseksual sama sekali dan dilaporkan bahawa ramai homoseksual telah diseksa hingga mati di penjara ini. Malah, wartawan Chechnya yang telah melaporkan kewujudan penjara-penjara ini juga telah dibunuh.
5. Temara Center – Maghribi.
Penjara rahsia ini terletak berhampiran dengan Rabat di Maghribi.Ia dikendalikan bersama-sama oleh C I A dan Maghribi. Ditubuhkan selepas serangan pengganas nine eleven. Ia pada mulanya hanya sebuah bilik soal siasat.
Namun tak lama kemudian ia dibangunkan sepenuhnya sebagai sebuah penjara rahsia.Kerajaan Maghribi lebih menggunakan penjara ini untuk tahanan politik dan bukannya pengganas.
Tempat ini dikenali sebagai suatu tempat yang anda tidak akan dapat kembali jika ditahan.Dan kebiasaannya tubuh badan tahanan akan berakhir dengan beberapa keratan selepas diseksa dengan teruk selama beberapa hari. Penjara ini dikatakan masih beroperasi sehingga hari ini.
6. Kem 7 – Guantanamo Bay.
Hampir semua orang tahu tentang penjara utama di Guantanamo Bay di mana Kerajaan Amerika Syarikat menghantar orang yang disyaki melakukan jenayah keganasan untuk dipersoalkan.
Namun, Kem 7 merupakan kem rahsia tersembunyi di dalam Guantanamo Bay. yang tidak diketahui orang ramai dan hanya diketahui selepas 2 tahun ia dibina. Ia digunakan untuk menempatkan tahanan tertentu yang dianggap bernilai tinggi oleh C I A untuk perhatian khusus.
Walaupun tiada siapa yang akan bercakap tentang apa yang berlaku di dalam Kem 7 ini, namun korang boleh bayangkan sendiri betapa dahsyatnya keadaan di sini.
7. Penjara Hitam – China.
Walaupun tidak wujud secara rasmi. Namun China mempunyai banyak penjara haram di seluruh wilayahnya. Struktur kerajaan di China adalah masalah utama di sini. Majlis-majlis mesyuarat tempatan adalah tempat pertama bagi mana-mana orang awam yang tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku di bandar atau kampung mereka.
Ini bermakna orang ramai mesti melaporkan masalah itu kepada mereka terlebih dahulu. dan kemudian baru melaporkan kepada kerajaan pusat selepas mereka tidak berpuas hati. Untuk menjaga nama baik kerajaan pusat, banyak penjara haram ditubuhkan di wilayah tempatan. oleh ahli majlis mesyuarat untuk menahan orang awam yang mengeluh terhadap masalah mereka.
8. Penjara tanpa nama – Ukraine.
Semasa konflik baru-baru ini antara Rusia dan Ukraine. Didapati polis rahsia Ukraine (SBU) telah mendirikan penjara rahsia di lokasi seperti Kharkiv dan Mariupol.
Ia digunakan untuk menahan dan mempersoalkan siapa yang dirasakan telah membantu Rusia semasa konflik tersebut.Salah seorang daripada mereka ditahan di sini selama lebih dari 500 hari dan dilayan dengan begitu teruk sehingga kehilangan buah pinggang. Bentuk penyeksaan biasa di sini adalah membelasah, mengasingkan dan membekukan tahanan.
9. Penjara Gitarama – Rwanda.
Sebuah padang bola sepak kebiasaannya menempatkan seramai 22 orang pemain. Cuba korang bayangkan jika separuh saiz padang bola tetapi ditempatkan seramai 7,000 manusia.
Macam tulah keadaan di Penjara Gitarama di Rwanda sekaligus menjadikan penjara ini penjara paling sesak dan padat di dunia. Ramai banduan yang dijatuhkan hukuman mati di sini mati sebelum hukuman dijalankan sebab lapar. mati lemas. penyakit dan banyak lagi. Penjara ini dikatakan sangat kekurangan dana dan makanan sememangnya menjadi masalah utama.
Tambahan pula. ribuan banduan yang ditahan di sini terlibat dalam kes penghapusan etnik pada tahun sembilan belas sembilan puluh empat. Disebabkan itu. pembunuhan rakan sepenjara dan memakan mayat mereka merupakan satu senario biasa di dalam penjara ini.
Penjara ini juga tidak mempunyai sel seperti penjara yang lain. Banduan kena berebut ruang menyebabkan ramai yang perlu berdiri siang dan malam di atas lantai yang kotor dengan najis mereka sendiri.
10. Penjara Tuol Sleng – Kemboja.
Mungkin ada dalam kalangan kita yang tidak tahu tentang negara Kemboja yang pernah menjadi medan pembunuhan beramai-ramai. Tidak dinafikan yang rakyat negara itu masih segar dengan memori pemerintahan rejim komunis paranoid iaitu Kehmer Rouge.
Penjara Tuol Sleng di ibu kota Phenom Penh ini asalnya merupakan sebuah sekolah dan telah ditukar menjadi sebuah penjara yang menempatkan tahanan-tahanan politik. Namun sekarang penjara ini sudah tidak beroperasi dan dijadikan muzium. Ribuan daripada mereka dipaksa hidup dalam keadaan yang lebih teruk daripada seekor binatang.
Lebih teruk lagi. mereka yang ditahan di sini tidak mengira usia sama ada mereka tua, muda mahupun kanak-kanak. Kesemua mereka dibogelkan dan kaki dirantai dengan besi yang berkarat. Mereka juga diberi makan bubur basi bersama sup daun dan dilarang sama sekali untuk bercakap. Seramai 20 ribu tahanan telah diseksa dan dibunuh dipenjara ini.
Kekejaman yang berlaku di negara Kemboja umumnya menjadikannya sebagai rejim pembunuhan beramai-ramai paling terkenal dalam sejarah zaman moden. dengan anggaran sebanyak 1.5 hingga 2 juta orang menjadi mangsa.