10 jenama pakaian dan aksesori berpengaruh di dunia tahun 2022

Korang jangan terkejut kebanyakkan jenama ini ber asal dari Negara Perancis.

10. Uniqlo. Japan.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 9.640 Juta USD. ‘Uniqlo’ adalah sebuah jenama pakaian antarabangsa yang tidak asing lagi, khususnya buat penggemar-penggemar fesyen yang berada di Malaysia dan seluruh dunia secara amnya. Jenama Uniqlo diasaskan oleh usahawan terkemuka Jepun, iaitu Tadashi Yanai pada tahun 1984.

10 jenama pakaian dan aksesori berpengaruh di dunia tahun 2022
9. Kartier. Perancis.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 12.4 Juta USD. Kartier adalah jenama barangan kemas wanita yang sangat terkenal di serata dunia. Boleh dikatakan jenama ini sangat dikenali oleh wanita yang meminati gaya fesyen terkini dan mahal. Kartier juga adalah pengeluar beg tangan wanita yang popular.

8. H & M. Sweden.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 12.7 Juta USD. Di Malaysia ini hampir di setiap moll mesti ada satu cawangan. Jenama ini popular, kerana seleksi pakaian yang dijual oleh jenama ini memang disukai ramai. Pengeluar pakaian dari Sweden H N M pada hari ini telah muncul sebagai salah satu aikon jenama yang paling dikenali dalam industri fesyen.

7. ZaRa. Sepanyol.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 12.9 Juta USD. Zara merupakan jenama pakaian dan aksesori yang bertapak di Sepanyol. Mereka memiliki ibu pejabat di Arteixo, Galisia. Jenama pakaian diperkenalkan pada tahun 19 75 dan diterajui oleh 2 pengasas utama iaitu Amansio Ortega dan Rosalia Mera. Mungkin buat mereka yang kurang arif tentang fesyen melihat jenama ini sebuah butik pakaian yang mahal. Namun, sebenarnya jenama pakaian Za ra ini masih mampu milik.

10 jenama pakaian dan aksesori berpengaruh di dunia tahun 2022

6. Hermes. Perancis.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 13.5 Juta USD. Jenama ini pada asalnya menjual barangan kulit dan kraf. Namun pada hari ini ia
satu jenama mewah yang menghasilkan barangan untuk wanita seperti skaf, tali pinggang, kasut dan yang lebih terkenal adalah beg tangan Birkin yang harganya mampu mencecah puluhan ribuan ringgit.

5. Adidas. Jerman.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 14.6 Juta USD. Siapa tak kenal adidas? mungkin korang duduk di planet lain. Adidas merupakan pengeluar barang sukan terbesar di Eropah, serta kedua terbesar di dunia, selepas Naikee. Adidas adalah pengeluar barang sukan ber asal dari Jerman. Prodak-prodaknya termasuk kasut, beg, kemeja, tali jam, kaca mata, barang sukan dan lain-lain.

4. Chanel. Perancis.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 15.2 Juta USD. Chanel mempunyai nama yang sangat besar dalam industri fesyen antarabangsa. Ia merupakan satu jenama rangkaian fesyen, kosmetik dan wangian yang menjadi igauan para pencinta fesyen seluruh dunia. Chanel
adalah jenama tersohor dalam industri fesyen antarabangsa.

3. Gucci. Itali.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 18.1 Juta USD. Guci kini kumpulan fesyen terbesar Itali. Produk Guci termasuk, barangan kulit, kasut, jam tangan, tali leher, tudung, minyak wangi, barangan rumah fesyen dan bekalan haiwan peliharaan. Guci sentiasa menjadi jenama fesyen mewah, seksi dan terkenal, sebagai “simbol status dan kekayaan,”. Jenama ini menjadi buruan ahli perniagaan dan peminat fesyen di serata dunia. yang pasti harganya tak lah murah.

2. Louis Vuitton. Perancis.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 23.4 Juta USD. Louis Vuitton adalah seorang pereka dari Perancis yang paling terkenal dengan barang-barang kulit yang dijualnya. Vuitton mulai menghasilkan beg di Paris pada 18 54, dan syarikatnya menjadi pembuat barang-barang
mewah yang terkenal. Jenama ini juga digelar LV. Logonya kelihatan premium dan cantik. Ia adalah barangan mewah yang paling diburu oleh golongan elit yang suka pada status jenama sebagai simbolik pada kekayaan. Tapi awas, jenama ini sering kali ditiru seakan akan yang asli. Hati hati dengan prodak tiruan.

1. Nike. America.

Jualan pada suku ke 2 tahun 2022. Bernilai 33.1 Juta USD. Siapa tak kenal Naikee. Jenama sukan nombor 1 di Planet Bumi. Naikee bermaksud Dewi Kemenangan dalam bahasa yunani. Nike menaja banyak atlit berprofail tinggi dan pasukan sukan di seluruh dunia, dengan tanda dagangan “Just Do It” dan logo Swoosh yang terkenal. Selain pembuatan pakaian dan peralatan, syarikat itu mengendalikan kedai runcit di bawah nama Naikee town.

BACA JUGA:
5 sebab utama kenapa myvi di gelar king
10 filem Malaysia yang mempunyai kutipan paling tinggi
5 jenis satelit buatan manusia dan kegunaanya