Tahu kah korang bila helikopter pertama yang diterbangkan? Pada 29 September Tahun 19 07 helikopter pertama diterbangkan bernama
Breguet-Richet di Duai Perancis. Heli ini diterbangkan menggunakan empat orang yang memegang kakinya. Ketika itu kejuruteraan masih dalam eksperimen membuktikan keberhasilan jentera boleh terbang secara vertikal menggunakan kipas.
Helikopter kemudian berkembang dengan pelbagai teknologi terbaru. Bahkan sekarang direka lebih canggih, helikopter telah digunakan sebagai pesawat tempur atau misi ketenteraan. Sehingga hari ini teknologi helikopter masih lagi dalam proses penambahbaikkan untuk masa depan.
Jom kami senaraikan 10 helikopter tempur termahal dan tercanggih di dunia.
10. Boeing C H – 47 Chi Nook. Bernilai 29 juta USD.
Dibangunkan untuk tentera Amerika pada tahun 19 62. Namun ada 19 negara yang memilikinya saat ini termasuk england, Itali dan Jepun.
Helikopter ini boleh angkat beban seberat 10 tan muatan dengan terisi 33 orang penumpang. Tahan lasak dalam apa jenis cuaca dan merupakan Helikopter pengangkut yang paling terbaik di dunia.
10 helikopter tempur termahal dan canggih di dunia
9. Bell A H – 1 Z Viper . Bernilai 30 juta USD.
Ia adalah helikopter penyerang yang dilengkapi senjata canggih seperti mesin gan dan peluru berpandu. boleh terbang setinggi 6 ribu meter dan meluncur dengan kecepatan maksimum 289 kilometer per jam. Boleh beroperasi dalam apa jua keadaan cuaca siang dan malam. Saat ini digunakan oleh tentera marin amerika.
8. Kazan Mi 3 5 M . Bernilai 36 juta USD.
Ini adalah helikopter buatan russia. ia digunakan sebagai petempur sokongan kepada tentera darat russia. Di lengkapi dengan sistem sangat berteknologi tinggi. Ia dikatakan heli tempur generasi baru dalam generasi heli russia. Siap sedia bertempur di mana sahaja dalam apa jua kondisi cuaca buruk.
7. N H 9 0 N F H. Bernilai 39 juta USD.
Helikopter ini dihasilkan oleh syarikat N H industri. Perusahaan ini dikatakan berhubung kait dengan nato. Helikopter ini merupakan heli angkatan laut yang paling moden. ia mampu menjalankan misi tempur, pencarian, penyelamatan dan penghantaran. Dapat menampung 14 penumpang. Boleh beroperasi dengan cekap walaupun ketika angin kencang atau pun hujan ribut.
6. Denel A H 2 Rooi Valk. Bernilai 40 juta USD.
Pada awal tahun 19 80 han telah dibangunkan oleh perusahaan afrika bernama Atlas atau nama sekarang Denel Aviation. Dikatakan merupakan helikopter tempur yang paling digeruni dan terbaik di dunia pada ketika itu. Serangan helikopter ini dikatakan mampu menghancurkan kereta kebal. produksinya telah dihentikan tetapi untuk memilikinya perlulah ada 40 juta USD.
5. Sikorsky SH-60B Sea hawk. Bernilai 40 juta USD.
Heli ini digunakan untuk banyak tujuan seperti pencarian dan penyelamatan, penangkapan, bantuan komunikasi, bantuan kecemasan, angkat barang, dan operasi khusus oleh Angkatan Laut Amerika. Helikopter ini hanya boleh dinaiki 5 orang penumpang sahaja. Kelajuan maksimum adalah 333 kilometer per jam.
4. Eurocopter Tiger U H T . Bernilai 50 juta USD.
Helikopter ini dibangunkan untuk tentera darat Jerman pada tahun 2005. Heli ini dioperasikan dengan 2 orang sahaja iaitu pailot dan penembak. Heli ini dikatakan lasak untuk pertempuran udara, darat dan laut. Mampu terbang vertikal dengan kelajuan tinggi dan boleh terbang sejauh jarak 800 kilometer.
3. Boeing A H 6 4 Apaci. Bernilai 52 juta USD.
Helikopter multi tempur ini mempunyai 4 bilah kipas, mesin gan, dan pelbagai lagi senjata bahaya yang digeruni oleh pihak musuh. Sejak 19 83 sebanyak 2 ribu unit apaci telah dihasilkan dan di jual ke serata dunia. Heli ini dikatakan berbahaya, tahan lasak dan menjadi keutamaan dalam segala jenis pertempuran.
2. Sikor ski C H 5 3 K King Stallion. Bernilai 65 juta USD.
King Stallion ini merupakan helikopter terbesar dan terberat yang dibangunkan untuk tentera marin Amerika. Dilengkapi dengan senjata canggih dan ia mampu membawa 40 orang penumpang. Mengunakan 3 mesin turbo shaft. Boleh terbang selaju 762 meter per minit dan jarak penerbangan sejauh 841 kilometer.
1. Bell Boeing v 2 2 Osprey. Bernilai 68 juta USD.
Ini dia helikopter termahal dan canggih di dunia pada ketika ini. Helikopter tentera multi misi yang digunakan tentera udara Amerika sejak sepuluh tahun lalu. Ia memerlukan puluhan tahun untuk membuat kajian terhadap pembangunan helikoter ini. 2 turbo shaf enjin Roll Roice mampu membawa helikopter ini terbang selaju 500 kilo meter per jam. Senang cerita dari segi rekaan dalaman, luaran dan enjin semuanya tip top. Musuh pasti gerun bila jumpa helikopter ini dalam peperangan sebenar. Amat amat Dahsyat.