Binatang atau Haiwan dikatakan mempunyai naluri semulajadi untuk bertahan hidup namun ada sesetengah haiwan di anugerah kebijaksanaan dan ingatan yang luarbiasa dari manusia.
Hari ini kami nak bercerita tentang binatang paling bijak yang hidup di planet ini.Jom kami senaraikan.
10. Kucing.
Memori seekor kucing dikatakan 200 kali ganda lebih kuat daripada seekor anjing. Memori jangka masa pendek kucing adalah 16 jam manakala bagi seekor anjing adalah selama 5 minit. Namun, kucing lebih memilih, dan ingat apa yang berguna bagi mereka sahaja.
Mereka juga mempunyai kemahiran tinggi dalam memburu, dan mempunyai keupayaan deria yang tinggi. Walaupun tidak sepandai anjing, kucing amat cepat dalam menyesuaikan diri dalam mempelajari sesuatu kemahiran baru.
10 binatang paling bijak di dunia
9. Tupai.
Kepintaran tupai tertumpu kepada satu perkara, mencari dan menyembunyikan makanan. Mereka sangat pintar mencari cara untuk mencari atau mencuri makanan, dan apa yang lebih mengagumkan adalah cara mereka menyembunyikan makanan.
Mereka berkebolehan dalam menghasilkan tempat menyimpan makanan yang palsu, di mana mereka berlakon seolah-olah menanam makanan, bagi menarik perhatian pencuri makanan seperti tupai lain atau burung. sedangkan makanan yang sebenar telah di simpan di tempat selamat.
8. Gajah.
Dengan tubuh badan yang besar, sudah tentu gajah mempunyai otak yang besar juga. Gajah tidak dilahirkan dengan naluri hidup sendiri. Mereka belajar dari cara menguruskan kehidupan sejak selepas kelahiran sehingga dewasa.
Gajah berkebolehan dalam meniru suara, mengorek lubang untuk minum air, dan juga menyelesaikan masalah. Mereka mampu untuk mengubah kelakuan mereka mengikut situasi. Gajah ada memori yang sangat kuat. jadi jangan cari masalah dengan gajah.
7. Sotong Kurita.
Haiwan ini tidak mempunyai otak. tetapi ada sekumpulan sel saraf yang mampu membuatkan sotong kurita berfikir. Kajian selama 35 tahun oleh seorang professor mengatakan sotong kurita suka pada benda yang mudah dalam menyelesaikan masalah.
Mereka suka jalan mudah dari jalan susah untuk memilih makanan. Sotong kurita pernah dilihat mahir membina tembok dengan menggunakan batu atau cengkerang. Malah sotong kurita berkemahiran dalam menyelesaikan masalah melalui proses try and Error.
6. Anjing.
Anjing antara haiwan yang terpintar di dunia. Anjing mampu mempelajari 165 hingga 200 perkataan termasuk isyarat dan bahasa badan. Anjing dikatakan lebih cepat belajar jika di latih.
Bentuk fizikal anjing yang besar ditambah mempunyai kebijaksanaan maka tak hairan anjing sesuai dilatih sebagai penjaga rumah, penjaga kebun dan membantu pihak polis mencari dadah yang tersembunyi.
5. Burung Kakak Tua.
Burung kakak tua dikatakan mempunyai otak. sebab itu ia sangat bijak dan dikatakan kepintaran mereka menyamai kepintaran kanak-kanak yang ber usia 5 tahun. Kajian ini dilakukan menerusi pemerhatian saintis selama lebih 29 tahun terhadap seekor burung kakak tua yang diberi nama Alex.
Alex boleh mengenal pasti 100 objek yang terdiri dari barang dan makanan. Kepintaran mereka berbahasa manusia pun mengejutkan tetapi mereka tak boleh bercakap dengan ayat panjang. cukup sekadar menjawab dengan beberapa patah perkataan sahaja.
4. Ikan Lumba lumba dan Paus.
Menurut kajian, ikan lumba lumba dan paus memiliki kebijaksanaan mengenal diri sendiri di dalam cermin. mereka juga boleh memahami
isyarat manusia dan bahasa manusia jika di latih berterusan.
3. Babi.
Kami sangat terkejut mendapat fakta ini. Menurut kajian kinzir atau babi mempunyai kepintaran yang luar biasa dari segi mempelajari
sesuatu yang baru dengan mudah.
Malah ada yang mengatakan babi boleh memahami bahasa isyarat dengan mudah. korang boleh cuba kalau terjumpa haiwan ini.
2. Cimpanzi.
Mungkin ramai yang dah boleh agak cimpanzi. Haiwan ini dikatakan mirip dengan spisis manusia. Ada juga teori kurang bijak yang mengatakan asal usul manusia ber asal dari cimpanzi ini.
Memang tak masuk akal. Cimpanzi dikatakan mampu meniru perbuatan manusia dan mempunyai emosi. ia boleh merajuk, bersedih dan gembira.
1. Burung Gagak.
Gagak seringkali disalah erti sebagai haiwan pengotor, perosak sampah, pemakan bangkai malah sering dikaitkan dengan ilmu hitam. Keluarga burung ini dikatakan mempunyai kebijaksanaan luar biasa.
Burung gagak boleh kenal muka manusia,sangat berdendam, boleh berkomunikasi secara kompleks dengan keluarganya, dan dikatakan memandang masa depan. Kajian makmal mendapati gagak boleh menyelesaikan teka teki yang susah.